[VIDEO] Ibu Terpaksa Ikat Dua Anak Disihir, Siap Panjat Dinding Dirasuk

Ibu mana yang sanggup melihat anak yang ditatang bagai minyak yang sedang menanggung derita sakit dan sengsara hanya kerana angkara buatan orang.

Ibu ini melalui dugaan terbesar dalam hidup apabila dua orang anaknya, dipercayai terkena ‘buatan’ individu yang tidak bertanggungjawab.

Kedua-dua anaknya sedang sakit 

Menerusi laman Facebook, wanita dikenali sebagai Puan Rozita ini berkongsi luahan pilu tentang 2 orang anaknya.

Azri Daniel atau Acik menderita masalah buah pinggang kronik walaupun di umur belasan tahun.

Manakala seorang lagi anaknya yang bernama Aliya Mysara atau Adik pula tiba-tiba sering berkelakuan pelik yang membimbangkan ibu ini.

Aliya merangkak dan memanjat rumah 

Rozita Ramli memuat naik kisah mengenai anak-anaknya yang menderita hampir separuh nyawa sekali gus memohon doa orang ramai buat anak-anaknya itu.

Difahamkan, anaknya Aliya berkelakuan pelik dan bertindak di luar jangkaan seperti merangkak dan memanjat dinding rumah.

Malah, Aliya sering meracau akibat dirasuk dalam kejadian dipercayai di rumah mereka di Kota Bharu, Kelantan.

Tolong doakan untuk keluarga kami

“Tolong share banyak-banyak supaya ramai yang dapat doakan untuk keluarga kami dan bantu kami dlm semua segi, Aminnn.”

“Kami semua ada untuk adik dan acik tolanglah ya Allah kuatkan anak-anakku semoga cepat sihat. Kami sayang acik dan adik sangat-sangat.”

Cukuplah mama dah hilang arwah along

“Adik dan acik nyawa mama tolong anak mama kena kuat untuk mama dan abah cukuplah mama dah hilang arwah along.”

“Ya Allah aku boleh jadi gila tgk keadaan anak-anak tapi aku tetap redha dgn ujian mu tabahkanlah hati seorang ibu sakit sangat-sangat.”

“Kuatkanlah aku dan sihatkalah aku untuk jaga anak-anak, masa mama sakit anak-anak yang jaga tapi sekarang siapa yang nak jaga mama kalau mama sakit.”

Apa salah mama sampai anak mama jadi macam ni

“Semua tak sayang mama ke apa salah mama sampai anak mama yang baik jadi macam ni.”

“Mama bersumpah pada yang lakukan perkara syirik ini akan dapat balasan dari Allah itu janji mama.”

“Kepada rakyat malaysia tolong doa untuk keluarga gee selamat dunia dan akhirat kerana kami perlukan doa dari kamu semua untuk lawan syaitan ini Aminnn.”

Derita alami masalah buah pinggang kronik

Manakala bagi Azri pula selain disihir, difahamkan remaja berusia 17 tahun itu turut mengalami masalah buah pinggang kronik.

Remaja ini turut memerlukan rawatan rapi di sebuah hospital yang dijaga oleh bapanya.

Sabar ya sayang mama

“Sabar ya sayang mama, semoga ada yang bantu acik dan adik Aminnn untuk prubatan hospital dan perubatan islam.”

“Mohd Azri Daniel seorang anak yang baik, baru berusia 17 tahun, dimasa ini ia diuji dengan kesakitan yang sangat berat, buah pinggang kronik.”

Doktor terpaksa tidurkan dia

“Sekarang doktor terpaksa tidurkan dia kerana darahnya terlalu tinggi dan ia mengalami kekejangan.”

Difahamkan juga, anak sulungnya telah meninggal dunia dua tahun lalu didakwa akibat perbuatan sama yang masih ‘menghantui’ ahli keluarganya sehingga kini.

Sampai hati along tinggalkan mama

“Sampai hati along tinggalkan mama, along janji nak jaga mama sampai bila-bila tapi sekarang along tak ada di saat mama di uji dgn kesakitan adik-adik.”

“Mama redha dgn ujian Allah cuma mama sedih kerana anak jadi mangsa. Semoga Allah dengar doaku dalam setiap solat hajat ku Aminnn.”

@ros_801Ya Allah kuatkanlah anak ku semoga ada yg mbantu tlg share byk2 Aminnn♬ bunyi asal – ros delitamawar – aleeya mysarah

Netizen simpati dengan nasib kedua remaja ini

Kisah kedua beradik ini turut dikongsikan di aplikasi TikTok dan telah mendapat perhatian ramai.

@aleeya_057ya allah semoga aku tabh selalu untuk keluaga ku kuat kn la hati ku ini untuk terus hidup aminnnn♬ original sound – Hăns Lącông⚓ – ♫ ăή ąô⚓

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut simpati dengan nasib yang melanda kedua-dua remaja ini.

Malah, mereka turut mendoakan kedua-dua remaja ini kembali sihat dan dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala.

The post [VIDEO] Ibu Terpaksa Ikat Dua Anak Disihir, Siap Panjat Dinding Dirasuk appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3hUR52h
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] Ibu Terpaksa Ikat Dua Anak Disihir, Siap Panjat Dinding Dirasuk"

Post a Comment