Pelakon popular Nabila Huda memuatnaik beberapa ciapan dipercayai ditujukan kepada individu yang namanya ketika ini sedang hangat diperkatakan netizen di media sosial.
Menurut Nabila Huda, tindakan individu itu nyata bertentangan dengan prinsipnya sebelum ini yang secara terang-terangan memperjuangkan penyatuan ummah.
BACA: [VIDEO] Terkedu Ditengking Nabila Huda, Rupanya Ada Plot Twist Buat Anak Menangis
Baginya, semuanya itu tidak bermakna lagi selepas beliau memuatnaik beberapa siri pendedahan di sosial media mendakwa mengetahui segala rahsia seorang pendakwah selebriti.
“Cap..cap..Apa kau buat ni dik..Hancur hidup..Hancur future sebab kebodohan kau..Kite biar terkenal sebab bakat,kebijaksanaan dan kebaikan yang kite buat.
“Jangan terkenal sebab kebodohan atau kesilapan berulang yang kite buat dalam hidup..”
Malah, Nabila turut berkata dia tidak terkejut sekiranya selepas ini, individu berkenaan akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengalami depresi atau seumpamanya disebabkan menerima kecaman daripada netizen.
“Pastu kang, mula la keluar statement depressed. Kau yang buat hal..Kau buat orang benci,kau buat orang fitnah.Kau yang cari pasal.
“Pastu tak boleh handle jadi la depression sebab kena kecam teruk.Cuba kalau tak mula,takde la masalah,takde la kecaman. As simple as that..”
Dalam pada itu, Nabila turut meninggalkan pesanan supaya sentiasa menjaga adab dan saling menghormati antara satu sama lain.
“Jangan kurang ajar dengan orang,jaga adab bila bercakap, sentiasa rendah diri, hidup jangan sentiasa dalam pembetulan, jangan lupa diri, sentiasa hormat orang..
“Semua ni kena ada dalam diri baru lah hidup aman dan damai..”
Terdahulu, penyanyi rap dan usahawan, Caprice mendedahkan dirinya disekat pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew di laman Instagram.
Pemilik nama sebenar Ariz Ramli, 32, menerusi platform Instagram Stories mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.
“Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama tetapi diminta bergaya untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam sesi foto.
“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ini. Isu mainan itu kecoh selepas orang Gaza soal Caprice mengenai gambar tersebut,” tulisnya dalam sekurang-kurangnya 13 muat naik di Instagram Stories.
Tangkap layar beberapa tulisan Caprice ‘menegur’ tingkah laku Ebit melalui Instagram Stories miliknya.
Menurutnya, beliau sudah menghantar mesej panjang lebar secara peribadi kepada Ebit namun penyanyi itu mendakwa dirinya akhirnya telah disekat dari laman Instagram Ebit.
Pendedahan tersebut dilihat menimbulkan rasa kurang senang netizen terutamanya dalam kalangan penyokong pendakwah yang disegani ramai itu.
The post “Cap..cap.. Hancur future sebab kebodohan kau..” – Nabila Huda appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3BgXmg3
via IFTTT
0 Response to "“Cap..cap.. Hancur future sebab kebodohan kau..” – Nabila Huda"
Post a Comment