“Tolong maafkan suami, nak saya sujud pun boleh,” Wanita Tular Dalam Video Murtad Mohon Maaf

Baru-baru ini tular satu video di mana seorang wanita Islam warganegara Indonesia, dipercayai telah dimurtadkan oleh seorang lelaki warga tempatan beragama Hindu.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial itu, video tersebut telah meraih ratusan komen yang turut mengutarakan pendapat masing-masing mengenai tindakan mereka berdua.

Polis serbu rumah lelaki itu untuk membantu siasatan

Susulan daripada video yang tersebar itu, pihak polis telah menyerbu rumah lelaki itu bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menyerbu premis itu kerana mengesyaki lelaki terbabit berada di rumah berkenaan.

Kediaman itu hanya didiami oleh ayah dan kakak lelaki itu sahaja

“Pihak polis berjaya mengawal keadaan dan hasil pemeriksaan mendapati kediaman itu hanya didiami oleh ayah dan kakak lelaki itu sahaja,” lapor Harian Metro.

“Suspek yang berusia lingkungan 29 tahun itu sudah dikenal pasti namun tiada di premis berkenaan. Tiada sebarang tangkapan dan rampasan dibuat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pengakuan lelaki bukan muslim dakwa murtadkan perempuan Islam

Difahamkan, video yang berdurasi 3 minit dan 26 saat itu memaparkan pengakuan lelaki bukan muslim yang mendakwa memurtadkan seorang perempuan Islam.

Malah, wanita tersebut mengaku telah meninggalkan agama Islam untuk berkahwin dengan suaminya.

Foto: Tangkap layar dari video pengakuan

Aku dan suami minta maaf

Selain itu, wanita tersebut turut mendakwa dia telah dimurtadkan daripada Islam sejak di negara asalnya lagi.

“Demi Tuhan kita takkan buat apa lagi, kepada Menteri-Menteri, kepada seluruh rakyat Malaysia bagilah kesempatan (kepada) aku dan suami minta maaf.”

Tolonglah, bersujud di kaki kalian pun tiada masalah

“Kalau aku sama suami ada salah, maafkan. Tolong, maafkan suami saya. Kami punya anak kecil lagi, tolonglah. Bersujud di kaki kalian semua pun tak ada masalah.”

Ia tidak berakhir di situ, apabila wanita itu berulang kali memohon maaf berhubung video tersebut dan meminta supaya diberikan peluang atas kesalahan yang terjadi.

Anak saya masih kecil dan memerlukan ayah

“Anak saya masih kecil, masih memerlukan ayah. Mungkin kalau semua orang dah maafkan, kita janji kita takkan buat video tentang agama semua itu.”

Pada masa yang sama, menerusi video yang dikongsi lelaki itu mendakwa dia telah memurtadkan seorang wanita Islam.

Foto : Tangkap layar dari video pengakuan

Biar pihak polis siasat kes berkenaan

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Abdul Aziz Jusoh, menggesa orang ramai supaya membiarkan pihak polis menyiasat berhubung video seorang lelaki India yang memurtadkan seorang wanita Islam.

Difahamkan, pihaknya turut menerima laporan yang dibuat daripada orang awam berhubung kes itu.

Semasa serbuan lelaki tersebut tidak berada dirumahnya

Namun begitu, semasa serbuan dibuat oleh pihak polis, lelaki tersebut tidak berada di rumahnya.

Kes tersebut sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 19.

The post “Tolong maafkan suami, nak saya sujud pun boleh,” Wanita Tular Dalam Video Murtad Mohon Maaf appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3bu536u
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Tolong maafkan suami, nak saya sujud pun boleh,” Wanita Tular Dalam Video Murtad Mohon Maaf"

Post a Comment