Pelakon senior Indonesia, Ari Wibowo akhirnya terbuka berkongsi cerita mengenai perjalanan peribadinya murtad atau pindah agama.
Ari yang kini berusia 50 tahun dilahirkan dan merupakan seorang Muslim beragama Islam. Beliau dilahirkan di Jerman dan berpindah menetap di Indonesia selepas berusia 10 tahun.
View this post on Instagram
Namun, beliau yang cukup terkenal pada era hujung 80an dan 90an membuat keputusan menukar agama kepada Kristian.
Tanpa menyebutkan dengan lengkap pada usia berapa beliau menjadi penganut Kristian, Ari mengaku menjadi murtad selepas mengunjungi sebuah gereja kecil di Jerman dan telah ‘bertemu’ Tuhan.
“Sebenarnya saya lahir sebagai Muslim, ikut agama Islam bapa saya. Saya kan lahir di Jerman. Jadi sewaktu di sana, walaupun saya beragama Islam, saya pernah mengunjungi sebuah gereja kecil di Konstanz, Jerman,” ujar Ari membuka cerita sewaktu menjadi tetamu di saluran YouTube Daniel Mananta, semalam.
Lelaki yang juga merupakan seorang model ini kemudian melanjutkan ceritanya dengan mengatakan saat masuk ke gereja itulah dirinya telah ‘bertemu’ dan ‘disapa’ oleh Tuhan Jesus.
“Jadi saat saya masuk ke gereja itu, saya bertemu Tuhan. Tuhan seperti pertama kali memperkenalkan dirinya kepada saya, iya jadi begitulah,” kata Ari.
Pelakon yang pernah membintangi sebuah filem Malaysia berjudul Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Suami pada tahun 2010 itu kemudian memberitahu kembali mengunjungi gereja yang sama dan memperkenalkan tempat beliau murtad kepada isterinya, Inge Anugrah semasa berlibur ke Konstanz pada tahun 2006.
Sayangnya saat itu sang isteri kepenatan dan hanya beliau bersama ibu yang mengunjungi kembali gereja kecil yang disifatkan Ari sebagai tempat pertama kali dirinya bertemu Tuhan.
View this post on Instagram
Ari bercerita menerusi temubual di saluran YouTube Daniel Mananta.
The post [VIDEO] Ari Wibowo Mengaku Keluar Islam Selepas ‘Bertemu Tuhan’ appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/39HQOdD
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] Ari Wibowo Mengaku Keluar Islam Selepas ‘Bertemu Tuhan’"
Post a Comment