Personaliti media sosial Khairul Aming telah melancarkan produk makanan iaitu Sambal Nyet miliknya.
Walaupun baru dua minggu menjalankan peniagaan, sambal hasil air tangan Khairul Aming iaitu laris bak pisang goreng panas.
View this post on Instagram
Khairul Aming tiba-tiba menghentikan jualan
Bagaimanapun, dalam kerancakannya berniaga sambal tersebut, Khairul Aming secara tiba-membuat keputusan untuk menghentikan jualan.
Menerusi posting terbaru yang dimuat naik di laman Twitter, Khairul menjelaskan beberapa sebab berhubung keputusan mengejut itu.
800 botol dalam masa 30 saat, ini tidak sihat bagi saya dan anda
“Guys aku baru restock 2,000 botol. Saya nak habiskan stock malam ni dan bermula esok aku stop dulu penjualan untuk restructure balik. Ini sebabnya”.
“800 botol hari ni sold out dalam masa 30 saat. Situasi ini tidak sihat untuk saya dan anda. Saya tak mahu habiskan masa anda depan skrin dan kecewa bila produk habis,” katanya.
View this post on Instagram
Kami hasilkan lebih stok dan jual setiap hari bila-bila masa
Jelas personaliti media sosial ini, dia kini dalam proses penambahbaikan dan meneliti kaedah yang lebih baik untuk pembeli.
“Next time, kami hasilkan lebih stok dan jual setiap hari bila-bila masa, siang malam”.
Saya mintak maaf sebab pembeli kena melalui proses begini
“Tak ada masa yang tetap. Saya tak mahu anda set alarm, rasa gemuruh ataupun kecewa bila barang habis”.
“Saya minta maaf sebab pembeli kena melalui proses begini. Saya pun baru berniaga dua minggu dan banyak lagi kena perbaiki”.
Kami teliti respon pembeli yang cakap ada terlebih minyak
“Kami juga tengah teliti respon pembeli yang cakap ada terlebih minyak,” katanya.
“kenapa tak all out naikkan volume sementara ada hype. time ni la nk kaut banyak untung”. no, i dont want hype. this is not a healthy hype, dia dah jadi unhealthy for both seller and customers. semua jadi stress
— Khairulaming (@khairulaming) January 19, 2021
Berjaya jual 10,000 botol kurang dari satu jam
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut kecewa dengan pengumuman tersebut kerana belum berjaya mendapatkan sambal tersebut.
Walaubagaimanapun, ramai juga turut memberikan kata-kata semangat kepada influencer ini supaya mengambil masa untuk menaik taraf sistem jualannya.
Terdahulu, Sambal Nyet meraih jualan luar biasa apabila sebanyak 10,000 botol habis hanya dalam tempoh kurang satu jam dengan harga RM13.90 sebotol.
The post “Saya pun baru 2 minggu niaga..” Khairul Aming Buat Keputusan Mengejut Stop Jualan Sambal? Ini Puncanya.. appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/2KurTBA
via IFTTT
0 Response to "“Saya pun baru 2 minggu niaga..” Khairul Aming Buat Keputusan Mengejut Stop Jualan Sambal? Ini Puncanya.."
Post a Comment