Tular Seorang Pakcik Dikompaun Depan Rumah Sendiri, Polis Tampil Beri Penjelasan

Kelmarin tular di media sosial satu berita sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang lelaki warga emas dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di hadapan rumah oleh anggota polis yang melakukan rondaan pada kira-kira pukul 11 pagi di Taman Eng Ann, Klang

Walau bagaimanapun, pihak polis telah menafikan pihaknya telah mengenakan kompaun RM1,000 terhadap seorang warga emas kerana tidak memakai pelitup muka di hadapan rumah, lapor Bernama.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata lelaki berkenaan berada di kawasan awam, iaitu di sebuah taman permainan yang terletak tidak jauh daripada rumahnya ketika dikompaun Selasa lepas.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini beliau berkata polis mengeluarkan kompaun ke atas lelaki berusia 65 tahun itu kerana berada di tempat awam tanpa memakai pelitup muka.

Terdahulu, media telah melaporkan seorang warga emas yang membaca suratkhabar secara berseorangan di taman awam dikenakan saman RM1,000 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak.

Selain menerima “nasib malang” yang tidak berbau itu sebagai satu iktibar, warga emas bernama Lee itu mengaku melakukan kesilapan dan bersedia bertanggungjawab atas kesalahan diri.

Walau bagaimanapun, dia juga berharap kompaun yang dikenakan oleh dikurangkan atau dibenar melunaskan bayaran secara ansuran bulanan.

Dalam laporan Sinchew Dalily, Lee yang merupakan orang guru tuisyen sambilan hanya mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM305.

Dalam kejadian pada pagi Selasa, Lee membaca suratkhabar seorang diri di taman awam berhampiran dengan rumahnya di Klang, Selangor, tetapi dikunjungi seorang anggota polis yang bertanya kenapa tidak memakai pelitup muka.

Lee menjelaskan bahawa terlupa membawa pelitup muka ketika keluar rumah dan taman awam juga kosong tanpa orang lain kecuali dirinya.

Alasan itu bagaimanapun tidak diterima dan polis mengeluarkan saman RM1,000, tetapi menasihatkannya supaya mengemukakan rayuan di Pejabat Kesihatan Klang.

Disebabkan tidak tahu memandu kereta dan hanya menunggang basikal, Lee hanya boleh berkunjung ke sebuah klinik kesihatan kerajaan berhampiran, tetapi sekali lagi dia diminta untuk pergi ke Pejabat Kesihatan Klang, yang memakan masa perjalanan hampir sejam jika menggunakan basikal.

“Saya tahu saya perlu bertanggungjawab kerana melakukan kesalahan, tetapi saya meminta kompaun dikurangkan atau membenarkan saya membuat bayaran secara ansuran,” katanya yang pernah bekerja di bank sebelum bersara.

Beberapa pemimpin komuniti termasuk Ahli Majlis Perbandaran Klang telah menghubungi peguam untuk memberi bantuan guaman kepada warna emas itu.

Meninjua di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai memandangkan warga emas itu hanya bersendirian di kawasan tersebut.

The post Tular Seorang Pakcik Dikompaun Depan Rumah Sendiri, Polis Tampil Beri Penjelasan appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3mhUIhG
via IFTTT
loading...

0 Response to "Tular Seorang Pakcik Dikompaun Depan Rumah Sendiri, Polis Tampil Beri Penjelasan"

Post a Comment