Kita hanya mampu merancang namun Tuhan jua yang menentukan segalanya.
Seperti kisah seorang pengantin perempuan ini yang telah meninggal dunia hanya beberapa jam selepas majlis pernikahan.
View this post on Instagram
Menerusi laporan Suara.com, satu khabar duka telah dikongsikan warga maya di laman Facebook mengenai kisah sepasang pengantin.
Melalui perkongsian Cantonaa Erick, pasangan yang juga sepupunya itu telah menikah pada waktu pagi.
Namun, pada malam yang sama, pengantin perempuan itu dilaporkan telah meninggal dunia tanpa mengetahui puncanya.
“Tepat hari ini bahagia kamu. Tepat hari ini kamu menikah, tepat hari ini juga isterimu dipanggil Yang Maha Kuasa. Semoga almarhumah ditempatkan di syurga Allah. Aamiin,” tulis Cantonaa.
Difahamkan, pengantin perempuan berkenaan meninggal dunia selepas waktu maghrib dipercayai akibat keletihan melampau.
Kisah arwah turut viral di media sosial, ramai netizen yang bersimpati dan berharap ahli keluarganya terutamanya si suami, tabah dengan dugaan itu.
Dia turut sempat berkongsi beberapa gambar pernikahan pasangan itu bersama keluarga. Lantaran itu, warga maya menghujani kiriman tersebut dengan ucapan takziah dan doa terhadap pengantin.
“Innalilahi wa innailaihi raji’un. Ajal tak seorang pun yang boleh menjangka. Semoga keluarganya tabah,” tulis @yoanlittlecute_baju_frozen.
“Tuhan menjadi perancang terbaik dalam hidup kita, turut berduka,” tulis @there_widya pada satu kiriman semula di Instagram.
“Siapapun dia dan darimana asalnya selagi kita saling mendoakan semoga doa kita dijabah dan semoga almarhumah di terima di sisi allah swt.” tulis @teguh_hamdi.
The post Suami Sedih Isteri ‘Pergi’ Hanya Beberapa Jam Selepas Menikah appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3oK3Ddk
via IFTTT
0 Response to "Suami Sedih Isteri ‘Pergi’ Hanya Beberapa Jam Selepas Menikah"
Post a Comment