“Kesian takde pun org nak beli” Jual Belon Di Stesen Minyak Demi Sesuap Nasi, Gadis Ini Ajak Sokong Bisnes Pakcik Belon

Bermacam-macam cara dilakukan oleh semua rakyat di saat pandemik COVID-19 yang mencengkam ekonomi hari ini bagi mendapatkan sumber kewangan.

Malah, lebih menyedihkan, sebahagian besar mereka yang terkesan adalah daripada yang telah dibuang kerja, sama ada disebabkan pengecilan kakitangan syarikat mahupun kelumpuhan operasi.

Terbaru, seorang warga Twitter, Shafinaz Suhaimi berkongsi satu ciapan tentang seorang individu dipercayai warga emas yang ‘berikhtiar hidup’ menjual belon di sebuah stesen minyak.

Berdasarkan ciapan tersebut, lokasi kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak PETRONAS di sekitar Tampoi, Johor Bahru, Johor.

Bertindak atas dasar simpati, Shafinaz menyeru kepada mana-mana orang awam yang sudi untuk membeli belon-belon tersebut sebagai usaha membantu jualannya.

“Kepada mereka yang tinggal di Johor Bahru (JB), tolong bantu pakcik ni. Belilah belon daripada dia, bagi kepada anak buah dan sebagainya. PETRONAS di kawasan Tampoi.

“Aku kesian sebab tiada pun orang nak beli. Masa tu sudah jam 10 malam. Tiada pun orang yang berhenti nak beli.

“Jadi aku buat keputusan beli dan tanya berapa harga, dia jawab ‘bagi seikhlas hati’,” katanya dalam ciapan tersebut.

Sehubungan itu, Shafinaz turut memohon ihsan dan bantuan warga Twitter untuk ‘retweet’ sebanyak mungkin ciapannya itu.

“For those yg tggal Jb, please bntu pkcik ni. Beli lah ballon dari dia, bgi dkt ank buah or etc. Petronas area Tampoi.

“Aku kesian sbb tkde pun org nak beli. Msa tu dah jam 10mlm. tkda pun org yg brhnti nak beli. so aku decide beli & tnya brapa hrga dia jwb “bagi seikhlas hati”

Bagi warga maya yang ingin membantu, mungkin boleh buat carian di aplikasi Google Maps atau Waze ‘PETRONAS KM 11 Jalan Skudai, Johor Bahru’.

“Aku nak org ramai bantu pakcik ni. it’s hurt me kalau aku sorg jer yg tolong. mungkin melalui RT kamu semua, ada banyak org nak beli ballon pakcik ni after this.”

Menurutnya lagi, individu yang digelar ‘Pakcik’ tersebut bukan sahaja rajin mencari rezeki, malah juga begitu mesra dengan orang ramai yang menyapanya.

“Ni area petronas tampoi yang ada mcd & tealive yg besar punya. area giant situ gak lah hemm aku bukan org johor so aku tak tahu nak describe the place ”

“Btw, ballon yg pakcik ni jual cantik2 tau. dia nak bg yg love punya aku tanakkkk hahahaha creative betul ballon dia. aku suka”

Dikatakan belon-belonnya juga dibuat dengan cantik sekali.

Hasil ‘retweet’ yang tersebar luas di Twitter, Shafinaz berkata sudah ada seseorang yang sudi membantu jualannya.

“Alhamdullilah ada yg willing utk bantu pakcik. esok sya cuba cri pakcik dan terus tanya no acc dia biar org senang nak tlg dia. thank you guysss”

Didoakan semoga semua yang terkesan dengan kegawatan ekonomi sekaranag agar dapat terus tabah menghadapi dugaan.

The post “Kesian takde pun org nak beli” Jual Belon Di Stesen Minyak Demi Sesuap Nasi, Gadis Ini Ajak Sokong Bisnes Pakcik Belon appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/2I1kbOg
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Kesian takde pun org nak beli” Jual Belon Di Stesen Minyak Demi Sesuap Nasi, Gadis Ini Ajak Sokong Bisnes Pakcik Belon"

Post a Comment