Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, kita haruslah mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.
Jikalau tidak, tindakan tersebut bukan sahaja memberikan implikasi buruk terhadap diri kita malah pengguna lain turut menerima impak daripada tindakan tersebut.
Terbaru, seorang wanita yang dipercayai pemandu kereta jenis Mercedes-Benz A-Class berwarna hitam telah ditahan.
Difahamkan, wanita tersebut telah ditahan oleh pihak konsesi tol PROLINTAS AKLEH (PROLINTAS) kerana telah didapati menculas bayaran tol sebanyak 45 kali.
Berdasarkan ciapan yang dibuat oleh @AKLEHtrafik, wanita itu telah menculas bayaran tol sehingga tunggakannya mencecah RM 275.65.
“#AKLEH • , ! Dah 2023 perangai masih tak berubah. Lagi pengguna culas bayar tol ditahan,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, wanita itu dikatakan telah membayar tunggakan itu serta merta.
“45 kali terlepas bayar tol, jumlah tunggakan RM275.65 telah dilangsaikan serta-merta #kantoi
“Jadikan ini iktibar ya, jangan tiru aksi tidak bermoral ini. Anda bukan saja menceroboh, perbuatan ini juga membahayakan kenderaan lain,” tulis pemilik akaun Twitter tersebut mengenai situasi yang tular itu.
Meninjau di ruangan komen, warga netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan wanita itu.
Hal ini demikian kerana walaupun wanita itu mampu memandu sebuah kereta jenama Mercedez, akan tetapi dia masih mahu menculas tol yang harganya jauh lebih murah daripada kereta yang dipandunya itu.
Antara komen netizen:
Sya yg kena bayar utk pemandu hadapan. 3 kali kena. system RFID ni tak bagus.
— Tarmizi T (@TarmiziT2) January 9, 2023
Eee busuk kepamnya perangai harap je pakai kereta mahal duit tol pon tk mampu bayar sedihnya lahai hidup dia tk malu
— Pikriee (@fikriismail98) January 9, 2023
@anthonyloke please ambil tindakan terhadap wanita ini. She had broken the law & endangered others motorist with her stunt. She shloud be in a lock up or fined with bigger amount of money. This is serious matter
— hulaimws (@hulaimi) January 10, 2023
Ciapan Twitter yang tular:
#AKLEH • , ! Dah 2023 perangai masih tak berubah. Lagi pengguna culas bayar tol ditahan.
— PROLINTAS AKLEH (@AKLEHtrafik) January 9, 2023
The post Wanita Pandu Mercedez Benz A Class Ditahan, Culas Bayar Tol 45 Kali Sehingga Tunggak Lebih RM200 appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/oEiUKtV
via IFTTT
0 Response to "Wanita Pandu Mercedez Benz A Class Ditahan, Culas Bayar Tol 45 Kali Sehingga Tunggak Lebih RM200"
Post a Comment