Jodoh ajal maut semuanya di di tangan Tuhan, tidak lewat sesaat bahkan tidak cepat sesaat namun sebagai hamba, kita perlu redha dengan segala ketentuan dan terima dengan hati yang terbuka.
Benar kata orang, rindu yang paling sakit dan dalam adalah rindu kepada orang yang telah pun pergi ke negara abadi. Bagaimanapun, setiap yang hidup pasti akan merasai mati.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana suami kepada seorang wanita mengehembuskan nafas terakhir selepas 2 bulan mendirikan rumah tangga mengundang sebak ramai.
Menurutnya yang dikenali sebagai Nurul Huda Azanan, suaminya Azizul Husen seakan memberikan petanda bahawa dirinya akan dijemput ilahi dengan berkelakuan pelik.
Dikatakan, Suaminya yang bekerja sebagai Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) ada pulang ke kampung namun seperti berat hati untuk kembali bertugas di Melaka.
Azizul beberapa kali pusing semula ke arah isteri sebelum menaiki bas dan berpesan untuk menjaga diri dan ibunya.
“Kali terakhir kami berjumpa ketika menghantarnya di stesen bas Sungai Petani untuk pulang ke Melaka.”
Sebelum naik bas, beberapa kali suami berpatah balik ke arah saya sambil meminta menjaga diri dan tengokkan ibunya jika dia tiada.
Antara kelakuan pelik yang lain, Azizul sering mendiamkan diri dan kerap termenung serta apa yang lebih aneh dia ada membawa isteri meronda-ronda di sekitar tanah perkuburan kampung mereka di Sungai Petani, Kedah.
“Ketika di kampung dia juga membawa saya meronda di kubur dan selalu memeluk serta mencium ibunya tetapi arwah suami kurang bercakap serta lebih banyak termenung,”
“Kalau mengikut perancangan saya akan berpindah ke Melaka hujung Disember lalu kerana mash ada beberapa urusan perlu diselesaikan, malah suami sudah beria minta saya pindah cepat.” Ujar isteri di dalam satu perkongsian
“Keterujaan menyambut Ramadan dan Aidilfitri pertama bersama juga lenyap dan sebenarnya sedih kerana peluang berbakti sebagai isteri hanya sekejap saja tapi bagi
saya hampir dua bulan ini memang bahagia menjadi isterinya.”
“Saya memang sudah bersedia menjadi isteri tentera kerana tugas mereka menuntut masa menjaga negara, tetapi kali ini suami saya ‘pergi’ tidak kembali lagi,” tambahnya lagi.
Berdasarkan laporan pemeriksaan, tahap kesihatan Azizul sangat baik namun dia pernah mengadu pening kepala tetapi Huda menyangka ianya disebabkan penat bekerja.
“Suami juga ada tanya kenapa darah dia beku dan saya sangka dia bergurau saja dan sangkakan dia pening sebab penat berkerja, tetapi ketika itu suami seperti biasa dan ceria.”
“Pada 8 pagi, mak mentua beritahu keadaan suami dan mulanya saya sangka dia hanya pengsan saja. Mak telefon sekali lagi cakap suami sudah tiada,” katanya yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang.
“Suami tiada penyakit dan kesihatannya juga baik, malah beberapa hari sebelum itu dia membuat pemeriksaan kesihatan dan semuanya baik,” katanya memberitahu hasil bedah siasat juga mendapati keadaan suaminya baik dan tiada penyakit.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak dengan kisah pemergian suaminya apatah lagi dia beberapa kali seakan memberikan hint sebelum pergi buat selama-lamanya.
Antara komen warga maya:
Video yang tular di laman TikTok:
@nr.axnnn Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan org yang beriman.Terima kasih Allah hadirkan dia tunaikan janji untuk menghalalkan dan membahagiakan sahabatku walaupun cuma sekejap.Semoga Isteri dan keluarganya tabah hadapi ujian ini 🙂 #fypシ゚viral #fyppelitbangett #sahabat #fyp ♬ Kau Sahabat Kau Teman – Hijjaz
The post Suami ijemput Ilahi Lepas 2 Bulan Nikah, Sempat Bagi ‘Hint’ Ronda Sekitar Kubur appeared first on YOY.
from YOY https://ift.tt/m1VX0oN
via IFTTT
0 Response to "Suami ijemput Ilahi Lepas 2 Bulan Nikah, Sempat Bagi ‘Hint’ Ronda Sekitar Kubur"
Post a Comment