Pendarahan Dalam Otak & Retak Tempurung Kepala, Bayi 4 Bulan Koma Dipukul Pengasuh

Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita mahukan yang terbaik untuk anak kita, tidak kiralah anak yang pertama mahupun yang kesepuluh sekali pun, jika namanya ‘anak’, tentu keselamatannya menjadi keutamaan para ibu bapa.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, buat mereka yang bekerja sudah pasti perlu mencari pengasuh untuk menjaga anak mereka.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana tiga kakitangan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) telah ditahan selepas dipercayai mendera seorang bayi berusia 4 bulan sehingga koma pada Rabu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Datuk Rohaimi Md Isa yang juga merupakan Ketua Polis Terengganu memaklumkan yang suspek adalah wanita berusia 22 hingga 33 tahun telah ditahan oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di premis berkenaan.

Penahanan tersebut dilakukan susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh bapa kepada bayi terbabit yang juga merupakan seorang doktor berusia 29 tahun melakukan pemeriksaan ke atas anaknya.

“Berdasarkan laporan, bapa mangsa yang bekerja sebagai Pegawai Perubatan mendapati berlaku pendarahan dalam otak selain keretakan pada tempurung kepala bayi terbabit.”

“Susulan itu, tiga suspek terbabit dipanggil memberi keterangan, namun menafikan kejadian selain keterangan mereka meragukan.”

“Bagaimanapun, siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska berkenaan mendapati suspek bertindak memukul kepala mangsa dengan tangan,” katanya.

Lebih menyedihkan, mangsa mengalami pendarahan dalam otak dan berlaku keretakan pada tempurung kepala gara-gara perbuatan tersebut.

“Kecederaan dialami mangsa serius dan masih dalam keadaan koma di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).”

“Kesemua suspek terbabit direman selama enam hari bermula hari ini dan akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Semoga urusan kedua-dua pihak terutamanya bayi tersebut dipermudahkan dan mendapat keadilan yang sewajarnya. Diharapkan kisah ini dapat menjadi pengajaran bagi semua pengasuh yang memegang amanah menjaga anak-anak.

The post Pendarahan Dalam Otak & Retak Tempurung Kepala, Bayi 4 Bulan Koma Dipukul Pengasuh appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/XU0MNw8
via IFTTT
loading...

0 Response to "Pendarahan Dalam Otak & Retak Tempurung Kepala, Bayi 4 Bulan Koma Dipukul Pengasuh"

Post a Comment