Seperti yang kita tahu, Malaysia baru sahaja berentap dengan seteru negara jiran, Thailand dalam saingan Piala AFF Mitsubishi Electric di Stadium Nasional Bukit Jalil dan mencatat kemenangan tipis 1-0.
Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, beliau menyeru orang ramai agar menjaga kebersihan dan memastikan stadium ditinggalkan dalam keadaan bersih tanpa sampah sarap.
Menurutnya, perkara sebegini akan mengurangkan kos pembersihan pasca perlawanan.
“Malam ini saya menyeru semua penyokong Harimau Malaya untuk memastikan stadium bersih sebelum pulang. Kos pembersiahn kurang, kos penganjuran juga akan lebih terkawal.”
“Stadium Nasional adalah rumah kita. Sama-sama kita jaga dengan cermat,” maklumnya.
Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik oleh @siakapkeli di laman TikTok, kelihatan rakyat Malaysia sememangnya mempraktikkan amalan ini.
“Gi stadium untuk support dah bagus. Tapi jangan lah tinggal sampah. Harap lepas ni lagi ramai rakyat Malaysia kutip sampah sama-sama lepas perlawanan”
Dalam video tersebut, dapat kita lihat, mereka gigih mengutip sampah sarap yang berteraburan serta bergotong royong membersihkan tempat duduk.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap rakyat Malaysia yang ditonjolkan bahkan akui budaya seperti ini perlu dipupuk agar kebersihan di negara kita terjamin.
Antara komen warga maya:
“Terbaik.. sikap yang macam ni kita nak sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab”
“Beri contoh dan tauladan kepada negara lain supaya bola sepak memberi kita kesedaran menjaga kebersihan di stadium”
“Tak perlu ada orang kutip sampah kalau semua orang tau tanggungjawab masing-masing”
Perkongsian yang tular di laman TikTok dan Twitter:
Malam ini saya menyeru semua penyokong Harimau Malaya untuk memastikan stadium bersih sebelum pulang.
Kos pembersihan kurang, kos penganjuran juga akan lebih terkawal.
Stadium Nasional adalah rumah kita. Sama-sama kita jaga dengan cermat.@FAM_Malaysia @StadiumMalaysia
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) January 3, 2023
@thesiakapkeli Gi stadium untuk support dah bagus. Tapi jangan lah tinggal sampah. Harap lepas ni lagi ramai rakyat Malaysia kutip sampah sama-sama lepas perlawanan #HarimauMalaya #Malaysia #Thailand #Stadium #BolaSepak #affmitsubishielectriccup2022 #BukitJalil #fyp #viral #2023 ♬ original sound – HarimauMalaya –
Sekadar info, kemenangan Harimau Malaya menentang Thailand semalam membuktikan bahawa pasukan kendalian Kim Pan Gon mampu memberi saingan sengit dalam Kejohanan Bola Sepak ASEAN (AFF Mitsubishi Electric Cup).
Difahamkan, pasukan Malaysia kini sudah berada di Thailand untuk aksi timbal balik yang akan berlangsung di Stadium Thammasat pada Selasa (10 Januari) jam 8:30 malam.
The post “Patut dipuji” Gelagat Penyokong Harimau Malaya Bersihkan Stadium Selepas Match Buat Ramai Kagum! appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/mfFqWED
via IFTTT
0 Response to "“Patut dipuji” Gelagat Penyokong Harimau Malaya Bersihkan Stadium Selepas Match Buat Ramai Kagum!"
Post a Comment