Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan. Malah, menjadi sebab untuk pelancong luar datang ke negara kita.
Tahap kreatif peniaga makanan dan minuman di sini tidak perlu disangkal lagi. Semuanya menarik belaka, membuatkan ramai tertarik untuk menikmati sendiri keenakannya.
Baru-baru ini, tular video oleh @TansuYegen di Twitter memaparkan seorang peniaga buah tembikai dari Malaysia.
Malah, video yang dimuat naik sendiri oleh usahawan Turki itu berjaya mendapat perhatian daripada golongan ‘mat saleh’.
“Ini cara mereka jual tembikai di Malaysia sebagai minuman yang menyegarkan. Idea yang hebat,” puji Tansu.Seperti ramai sedia maklum, sebilangan peniaga minuman di Malaysia menggunakan kaedah menebuk lubang pada buah sebelum mengisarnya dari dalam untuk menghasilkan jus segar.
Walaupun kaedah yang digunakan sangat unik, tetapi ciapan itu masih menerima respons negatif apabila segelintir masyarakat luar menganggap ia sebagai kaedah yang tidak bersih.
“Mencemarkan tembikai yang bersih dengan kiub ais yang entah dari mana sumbernya sudah tentu bukan satu idea yang bijak.
“Idea yang bagus kalau anda nak diebetes tahap dua.
“Tangan mereka di seluruh tembikai dan memegang straw tanpa sarung tangan,” komen beberapa individu dari luar negara.
Geram dengan dakwaan yang dilemparkan, rakyat Malaysia membidas hal tersebut di ruangan komen.
“Seronok baca comment baka European yang acah-acah baka paling terpaling hygiene paling terbersih di dunia. Kau pinggan basuh pun tak bilas ada hati nak cakap pasal hygiene.
“Ini di Melaka. Mereka menggunakan tembikai tanpa biji.
“Mat salih komen pasal hygiene memang bagi kat depa, padahal masak nasi pun tak basuh beras.
“Satu Malaysia bersatu hentam Mat salih terpaling hygiene,” tulis beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan berjaya mengutip jumlah tontonan sehingga 4 juta serta 96.9 ribu tanda suka!
Meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna Twitter dari dalam mahupun luar negara berkenaan pembuatan jus tembikai berkenaan.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter
americans r really speaking about hygiene please learn how to wash ur ass first https://t.co/ke6IuAucpD
— . (@eimikovillains) August 6, 2022
Ang mohs under this tweet be talking about hygiene but they don’t even wash their bums after taking a dump. https://t.co/l2hCz4Qytn
— Ezt (@izatihashim) August 6, 2022
replies are full of uncultured swines https://t.co/ykYYz2PjdE
— (@liabaelity) August 6, 2022
Video yang tular di laman Twitter
This is how they sell watermelon in Malaysia as a refreshing drink – great idea pic.twitter.com/gWlGMiiih9
— Tansu YEĞEN (@TansuYegen) August 5, 2022
The post Mat Saleh Pertikai Kebersihan Jus Tembikai Di Malaysia, Netizen ‘Attack’ Semula Komen Warga Asing di Twitter appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/ZcqHCTF
via IFTTT
0 Response to "Mat Saleh Pertikai Kebersihan Jus Tembikai Di Malaysia, Netizen ‘Attack’ Semula Komen Warga Asing di Twitter"
Post a Comment