Kutip Sayur & Bahan Lain Dari Tong Sampah, Aktiviti ‘Dumpster Diving’ Oleh Keluarga Ini Berjaya Curi Perhatian Ramai!

Seperti yang kita tahu, sayur atau buah yang hampir layu sebenarnya masih boleh digunakan oleh sesetengah orang misalnya individu yang menternak haiwan organik.

Iospital phone repair gombak

Oleh sebab itu, aktiviti ‘dumpster diving’ ini dibuat iaitu selongkar tong sampah dengan mencari dan mengambil sayur-sayuran atau bahan lain yang telah dibuang hampir setiap hari di pasar pagi atau pasar besar.

Berdasarkan laporan MStar, Zarah Alkhadri, 39, merupakan salah seorang individu yang aktif melakukan aktiviti dumpster diving ini.

Difahamkan, Zarah telah giat melakukan aktiviti tersebut kira-kira empat bulan yang lalu selepas berpindah dari Kuala Terengganu ke Setiu.

Kata Zarah, dia telah menetap di Kuala Lumpur lalu berpindah ke Kuala Terengganu pada September 2020 bagi mengurangkan kos sara hidupnya.

Wanita itu turut mengakui bahawa aktiviti dumpster diving ini mungkin kelihatan tidak aneh jika dilakukan di kawasan perkampungan atau luar bandar, akan tetapi ianya akan kelihatan sedikit janggal jika dilakukan di kawasan bandar.

Aktiviti dumpster diving itu dilakukan olehnya bagi mencari sayur-sayuran ataupun bahan makanan lain yang tidak sesuai lagi dijual, lalu diberikan kepada haiwan ternakannya ataupun ditanam semula.

“Tak minta izin pun kerana ia bahan buangan yang tidak digunakan lagi. Tapi, kalau di kedai baru saya minta izin,” terangnya.

Namun begitu, ada juga kadangkala dia dapat memperoleh sayur-sayuran yang masih elok seperti halia, serai, nanas dan juga kobis yang dikatakan masih boleh dimakan atau ditanam semula.

“Mula ‘dumpster diving’ sebab bela ayam. Kami ingin bela ayam tanpa dedak untuk dagingnya yang lebih sihat.

“Pada asasnya, kami tidak mahu keluarkan kos yang banyak untuk ternak ayam.

“Selain itu, kami nak bantu kitar semula sisa organik, daripada dibuang ke tapak pelupusan sampah lebih baik digunakan untuk tujuan yang lebih bermanfaat,” jelasnya.

Tidak cukup dengan itu dia bukan sahaja berbuat demikian untuk mengurangkan kos sara hidup, malah dia turut mengutip sisa makanan di kedai makan untuk dijadikan sebagai makanan haiwan ternakannya.

Pesan Zarah, jika anda ingin lakukan aktiviti ‘dumpster diving’ ini, anda boleh sahaja pergi ke mana-mana tong sampah pasar ataupun berjumpa sendiri dengan peniaga untuk meminta sayur-sayuran yang ingin dibuang oleh mereka.

“Pasar di kawasan kampung, biasanya mereka dah tahu… mesti ambil untuk haiwan ternakan.

“Mereka akan terus tanya haiwan apa yang kita bela.

“Selalunya, mereka lebih dari gembira untuk bagi kepada sesiapa yang meminta,” jelasnya lanjut.

Zarah turut berpesan agar haruslah membuat kajian terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti ‘dumpster diving’ ini.

Berkenaan dengan perniagaannya, Zarah menyatakan bahawa dia menjual produk organik yang kebanyakannya digunakan untuk merawat penyakit ekzema, dan telah mengadakan kelas pembuatan sabun natural dari minyak masak yang terpakai serta selamat untuk digunakan.

“Kami menjual produk yang kami buat dan tanam sendiri. Apa-apa yang dihasilkan untuk dijual semuanya kami buat, dan dipakai oleh keluarga kami sendiri.

“Saya kongsi tentang ‘dumpster diving’ ini juga supaya pelanggan rasa lebih yakin untuk membeli produk daripada bisnes kami,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen meluahkan rasa kagum dan gembira melihat aktiviti mereka sekeluarga.

“saya enjoy sgt tgok aktiviti keluarga puan 🥰

“wow bestnya .patut la ayam gemok2…suka lihat family ni ..byk hasil tuaian arini …”

Video TikTok yang tular:

@zarah_barakahorganic Free food for the chooks. Wastage yg melampau di pasar. All these going to the landfill. Baiklah ku amik utk ayam. Real food for the chicken = healthy chicken = healthy human. #dumpsterdiving #ternakayam #ayamsihat #ayamorganik #organicchicken #chickenfeed #pasar #zerowaste #zerowastemalaysia ♬ original sound – Zarah Al Khadri

The post Kutip Sayur & Bahan Lain Dari Tong Sampah, Aktiviti ‘Dumpster Diving’ Oleh Keluarga Ini Berjaya Curi Perhatian Ramai! appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/JS09VoB
via IFTTT
loading...

0 Response to "Kutip Sayur & Bahan Lain Dari Tong Sampah, Aktiviti ‘Dumpster Diving’ Oleh Keluarga Ini Berjaya Curi Perhatian Ramai!"

Post a Comment