Kaki Melecur Tapi Masih Bekerja Demi Pelanggan, Peniaga Nasi Lemak Ini Kongsi Detik Cemas Dapurnya Tiba2 Meletup!

Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Walaupun kita sudah cuba untuk lebih berhati-hati, tapi apakan daya jika ianya berlaku juga kepada kita.

Iospital phone repair gombak

Begitulah situasi yang terjadi kepada seorang peniaga nasi lemak yang berkongsikan bahawa dirinya menghadapi detik cemas apabila dapur masakannya meletup baru-baru ini.

Lapor MStar, peniaga tersebut yang bernama Amy Nurfarhana mengusahakan sebuah perniagaan yang dikenali sebagai ‘Syurga Nasi Lemak’ yang bertempat di Sekinchan, Selangor.

Berdasarkan video yang telah dimuat naik di laman TikTok @amynurfarhana itu, dapat dilihat dapur masakan yang digunakan untuk memasak ayam itu tiba-tiba apinya semakin menjulang.

Kemudian api tersebut semakin besar sehinggakan menyambar lantai kedai dan beberapa objek lain sebelum ianya terpadam beberapa saat selepas kejadian itu.

Kata Amy, kakinya mengalami kecederaan lecur akan tetapi dia tetap meneruskan kerjayanya itu demi memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan pada hari tersebut.

“Alhamdulillah.. semuanya selamat.. mesti ada yang pelik knp hari ni saya berkaki ayam layan custemer. Kaki saya melecur sedikit.

“Minta maaf juga jika lambat membungkus. Saya dah sehabis kuat untuk hari ni,” tulisnya di ruangan kapsyen video yang tular tersebut.

Difahamkan, Amy turut menjawab persoalan netizen mengenai akan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku pada bahagian video yang seterusnya.

“Getah gas tiba2 tercabut. Sebelum kejadian dah selesai masak beberapa jenis lauk.

“Bukan sebab api terlampau besar tapi memang tiba2 tekanan besar. Dan bukan sebab ketuk. Tu bunyi dari letupan. Cepat2 bukak kepala gas dan api terus slow,” terangnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan sikap Amy kerana tidak gelabah dan kelam kabut walaupun ketika berhadapan dengan situasi cemas.

Ada juga netizen yang mendoakan kesembuhan buat Amy agar boleh sihat dan bekerja dengan lebih selesa seperti biasa.

Antara komen netizen:

“nasib la akak ni tak kelamkabut kalau sy mahu nye menjerit dlu takdan nk fikir apa dh nampk api macam tu.akak stedy je🤭 smg dprmdh sgl urusan akk🤲🏻

“semoga cepat baik ye akak..xde memudaratkan kaki 2..jaga elok2 ye..jaga diri baik2..semoga sentisa dilindungi Allah s.wt…dan dipermudahkan semuanya.”

Video TikTok yang tular:

@amynurfarhana

Alhamdulillah.. semuanya selamat.. mesti ada yang pelik knp hari ni saya berkaki ayam layan custemer. Kaki saya melecur sedikit. Minta maaf juga jika lambat membungkus. Saya dah sehabis kuat untuk hari ni

♬ original sound – Syurga nasi lemak

The post Kaki Melecur Tapi Masih Bekerja Demi Pelanggan, Peniaga Nasi Lemak Ini Kongsi Detik Cemas Dapurnya Tiba2 Meletup! appeared first on YOY.



from YOY https://ift.tt/WjacCdK
via IFTTT
loading...

0 Response to "Kaki Melecur Tapi Masih Bekerja Demi Pelanggan, Peniaga Nasi Lemak Ini Kongsi Detik Cemas Dapurnya Tiba2 Meletup!"

Post a Comment