“Ini la anak ibu yang sangat kuat” Selamat Lahirkan Anak Normal, Wanita Kongsi Kisah Miliki 2 Rahim 2 Serviks 2 Faraj

Setiap manusia yang lahir di dunia ini pasti dikurniakan dengan keistimewaan masing-masing.

Iospital phone repair gombak

Allah Maha Besar. CiptaanNya memang unik sehingga membuatkan kita kagum dan memuji kepadaNya.

Persis kisah wanita bernama Nur Hasmidah Hamzah, 32, yang dilahirkan dengan dua rahim, dua pangkal rahim (serviks) dan dua vagina.

Menurut Nur Hasmidah, dia mengetahui dirinya mempunyai dua rahim ketika berusia 26 tahun.

“Mula dapat tahu ada dua rahim masa umur 26. Belum berkahwin. Pertama kali pelik sebab period berlebihan selama tiga bulan non-stop.

“Sebelum-sebelum tu memang datang (bulan) dua kali sebulan tapi tanya kawan-kawan memang ada yang macam tu. Jadi tak expect rahim saya abnormal,” tulisnya di dalam video.

Tambahnya, dia tidak melakukan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) lebih awal sehinggalah berkahwin dan kemudian disahkan hamil.

“Sebelum bersalin ada remind doktor, beritahu saya ada rahim berganda, tapi bila dah scan, tak boleh buat apa-apa dan tiada tindakan lanjut sebab baby dah besar. Salah saya sebab dari awal tak buat MRI.

Baby pun dah penuh ruang rahim. Dalam pantang saya buat MRI, dan hasil yang mengejutkan. Baru tahu ada dua serviks, dua vagina. Sebelum itu tahu ada dua uterus (rahim) sahaja. Dan ada satu saja buah pinggang,” kongsinya.

Menerusi video lain, Nur Hasmidah bersyukur kerana selamat bersalin bayi sulungnya dengan berat 3.05 kilogram (kg).

“Inilah anak ibu yang sangat kuat. Lahir dari rahim ibu yang special. Tak pernah sangka ada kekurangan yang ‘menguntungkan’ ibu,” kongsinya lagi sambil menambah, bayinya kini sudah berusia setahun lapan bulan.

Di ruangan komen, rata-rata akui terkejut kerana baru pertama kali mendengar keajaiban sedemikian dan berterima kasih kepada kerana sudi berkongsi.

Selain itu, dalam pada kagum dengan ciptaan Allah, mereka mendoakan agar wanita ini dan bayinya sentiasa sihat.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“subhanaAllah masyaAllah hebat kuasa Allah. Alhamdulilah. semoga membesar dgn sihat ye nak… comel senyumannya”

“hadiah terindah sis🥰

“dpt tmbh Ilmu..terima ksh sharing”

“Akak baru tahu ada 2 saluran faraj.”

“mcm mana ek 2 faraj😳 serious xtahu pon ad mcm ni..”

“subhanaallah!!hebatnyerr kuasa Allah”

Video yang tular di laman TikTok

@idaaahamzah Baby ajaib ibu. Lahir dari rahim ibu yg special. Dan secara normal. Syukur selalu #uterusdidelphys #abnormal #berbeza ♬ original sound – motivasi_fiqsam – Fiq Sam || The MoFS

@idaaahamzah Pertama kali tahu punyai rahim rare #uterusdidelphys #abnormal #berbeza ♬ original sound – A R I S S A 💛 – ✿ اريسسا شام

The post “Ini la anak ibu yang sangat kuat” Selamat Lahirkan Anak Normal, Wanita Kongsi Kisah Miliki 2 Rahim 2 Serviks 2 Faraj appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/OkhF8IL
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Ini la anak ibu yang sangat kuat” Selamat Lahirkan Anak Normal, Wanita Kongsi Kisah Miliki 2 Rahim 2 Serviks 2 Faraj"

Post a Comment