Ibu Tahan Sabar Lihat Anak Tiba-Tiba Dicubit Budak Lain Gara-Gara Berebut Naik Kereta!

Sebagai ibu bapa, keselamatan anak-anak pastinya menjadi keutamaan terutamanya apabila berada di tempat awam kerana apa sahaja kemungkinan boleh berlaku jika terlalai.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Intan berceritakan tentang pengalamannya yang boleh menjadi pengajaran kepada penjaga di luar sana.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @intonn_, dia membawa anaknya untuk bermain taman permainan indoor.

Ketika menemani anaknya bermain kereta mainan, tiba-tiba datang seorang budak mendekatinya dan mahukan permainan yang sama.

Wanita ini sempat memujuk budak berkenaan dan bercakap dengan sopan namun tanpa dia sangka budak tersebut tiba-tiba mencubit badan anaknya sehingga menangis.

Dia bagaimanapun mengangkat anaknya dan membawa si kecil itu bermain permainan lain.

Menurut wanita ini, budak tersebut merampas kereta itu dan meletakkan di satu sudut kerana enggan berkongsi dengan kanak-kanak lain.

Menerusi video lain, dapat kita lihat Puan Intas berlaku tegas dengan mempertahankan giliran anaknya untuk bermain kereta tersebut walaupun pada ketika itu budak berkenaan cuba merampas kereta meski tidak digunakan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap wanita ini yang bersabar dan bijak mengawal situasi serta menunjukkan contoh yang baik pada anak.

Bukan itu sahaja, netizen juga berang dengan tindakan budak berkenaan malah mempersoalkan sikap ibu bapa yang mengabaikan anak-anak dan membiarkannya melakukan perkara diluar batas.

Antara komen warga maya:

“Pernah jadi dekat anak saya.. saya terus cari parents budak tu..”

“Kalau saya tu dah tukar jadi hulk dah kat situ.. sesuka cubit anak kita”

“Minggu ni 2 benda je aku geram. Budak tu dengan ira kazar ..”


Video yang tular di laman TikTok:

@intonn_ Takpe , kita mengalah ya sayang #fyp #masukberanda #fypシ ♬ Biar Sampai Ke Bintang by Asmidar –

@intonn_ Replying to @Aina | Handmade Jewelry kalau ikutkan suara saya pun macam petir juga , tapi sebab malas nak jerit jerit so mengalah je la takpe . Maaf wahai moms sekalian tak terdayo nak balas semua komen korang #fyp #fypシ #masukberanda ♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

@intonn_ Replying to @rains90 Saya tak bagi muka dah kali ke 2 dia buat , so moms semua jangan emo emo lagi ye ampunkan sayaaa #fyp #fypシ #masukberanda ♬ Tertawan Hati – Awdella

The post Ibu Tahan Sabar Lihat Anak Tiba-Tiba Dicubit Budak Lain Gara-Gara Berebut Naik Kereta! appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/IHR1fcX
via IFTTT
loading...

0 Response to "Ibu Tahan Sabar Lihat Anak Tiba-Tiba Dicubit Budak Lain Gara-Gara Berebut Naik Kereta!"

Post a Comment