Isu jalan berlubang di negara kita bagaikan tiada penghujung malah ada juga kes kemalangan direkodkan gara-gara jalan yang rosak dan berlubang.
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan turun padang demi menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap keadaan jalan di kawasannya.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @jllmisai, kelihatan Sany Hamzan yang pada ketika itu menggunakan tongkat sedang berhadapan dengan beberapa orang yang dipercayai kontraktor yang ditugaskan untuk menurap jalan di sekitar kawasan beliau.
Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah kedengaran suaranya yang agak tinggi mempersoalkan hasil kerja individu terbabit sambil menunjukkan keadaan jalan yang rosak serta berlubang.
Beliau juga menegaskan perkara tersebut boleh menyebabkan kemalangan jalan raya sekaligus memberikan tempoh selama seminggu untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Sany Hamzan turut memberi amaran jika tiada apa-apa tindakan yang dibuat, beliau sedia untuk ‘menghentam’ mana-mana individu atau institusi yang bertanggungjawab.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan ketegasan ahli parlimen Hulu Langat tersebut malah akui kondisi jalan disitu sangat teruk.
Bukan itu sahaja, netizen berharap sikap peduli Sany Hamzan itu dicontohi oleh Ahli Parlimen yang lain bagi membendung jalan berlubang di negara ini.
Antara komen warga maya:
Semoga YB @SanyHamzan sembuh sepenuhnya supaya dapat guna kayu topang tu untuk kejar dan ketuk kepala kontraktor jalanraya pemalas. Amin. Kami rindu suasana parlimen 19.12.22
— em_yusoff (@zee_yusoff) January 5, 2023
Untung dapat yb macam ni. Kat tempat aku tu, last2 orang kampung bawak keluaq duit sendiri nak turap jalan. Jalan berlubang, lampu jalan pun takda. Memang pakej ke kubuq
— شازواني (@Wan____i) January 5, 2023
memang teruk jalan langat ni , jalan mcm masuk hutan jer
— azmanbhr (@azmanbhr) January 5, 2023
Lol depan rumah je tapi betulla jalan Langat terukk
— izam (@Izhmrazakk) January 5, 2023
Perkongsian yang tular:
YB turun spot check hasil kerja kontraktor katanya.. pic.twitter.com/OEevVL7Kq4
— Jalal Misai (@jllmisai) January 5, 2023
— Jalal Misai (@jllmisai) January 5, 2023
The post Geram Jalan Gagal Diturap Dengan Betul, Ahli Parlimen Hulu Langat ‘Hentam’ Kontraktor appeared first on YOY.
from YOY https://ift.tt/QAtndCh
via IFTTT
0 Response to "Geram Jalan Gagal Diturap Dengan Betul, Ahli Parlimen Hulu Langat ‘Hentam’ Kontraktor"
Post a Comment