Dalam fasa membesar, anak-anak ini sememangnya mempunyai gelagat mereka tersendiri, ada sahaja yang hendak dilakukan membuatkan ibu bapa ‘pening’ nak melayan. Itu belum cerita bab bergaduh dengan adik beradik, habis riuh dibuatnya.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak perempuan terpijak tangan abangnya sehingga menangis kesakitan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @shelajalaluddin di laman TikTok, dapat kita lihat si adik cuba untuk memujuk sambil memegang tangan abangnya.
Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah budak perempuan tersebut seakan ‘play victim’ dengan menyalahkan ibunya atas apa yang berlaku.
“Sakit? Ni mama, mama buat. Amboii biashee dia tuu” kata si adik sambil memukul tangan ibunya.
Mungkin kerana takut dimarah, budak perempuan ini laju memujuk abangnya dengan mengesat air mata dan mengusap lembut kepala dengan harapan abangnya akan berhenti menangis.
“Dia yang terpijak tangan abang, cepat2 dia tuduh mama.. takut lah tu.. siap check tangan abang tu macam tak bersalah.. usap kepala kemain.. sapu air mata abang..”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geli hati melihat gelagat budak perempuan tersebut yang tidak mahu mengaku salah walau dengan apa cara sekalipun.
Antara komen warga maya:
“Abis la kau kak.. ni jenis pandai berlakon ni.. hahaha”
“Tu dia la.. bijak adik jadikan mama orang yang bersalah”
“Pandai yee diaa.. dia yang menyakiti dia seolah-olah tidak bersalah”
“Cara paling selamat nak lari dari kesalahan sendiri..”
“Pelat pun masih nak membebel marah mama.. best tau bila anak2 masih kecik.. layan jer lah..”
“Dia mesti ikut cara mak dia ni mesti mak dia suka cakap amboi biasa dia tu”
Video yang tular di laman TikTok:
@shelajalaluddin Baru 2 tahun boleh buat budak 7 tahun nangis mama is pening !!! #fyppppppppppppppppppppppp #CapCut #fypシ゚viral #tiktok #makmak ♬ original sound – Shela
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 377.6K tontonan, 23.4K tanda suka, 795 komen, 1038 simpanan dan 569 perkongsian di applikasi TikTok.
Amboii, betul lah orang kata, perempuan mana pernah salah kan hehehe
The post Cuak Terpijak Tangan Abang Sampai Nangis, Gelagat Budak Perempuan Tuduh Ibu Undang Dekah Ramai appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/figoFv2
via IFTTT
0 Response to "Cuak Terpijak Tangan Abang Sampai Nangis, Gelagat Budak Perempuan Tuduh Ibu Undang Dekah Ramai"
Post a Comment