Selain sudah ‘berkembang maju’ di luar negara, Malaysia turut tidak ketinggalan daripada dibanjiri oleh golongan LGBTQ. Dari segi agamanya memang haram. Pun begitu, masih ramai yang terjebak dengan percintaan sesama jantina.
Bagaimanapun, kata golongan ini, bukan permintaan mereka untuk dilahirkan sedemikian. Bahkan perasaan yang muncul sukar untuk ditolak. Tapi apa-apa pun, kita janganlah kecam mereka ya. Doakan yang baik-baik saja.
Dua hari lepas, nama juara AJL34, Naim Daniel hangat diperkatakan. Malah penyanyi muda itu turut dikecam turut sehingga kena ‘cancel‘!
Rupa-rupanya, Naim telah menyentuh isu LGBTQ dengan membalas satu video tentang seorang lelaki LGBTQ menyuarakan harapan dan impiannya agar golongan ini diterima oleh rakyat Malaysia.
“Tuhan ciptakan Adam dan Hawa sebagai pasangan. Bukan Adam dan Haikal.” balas Naim kepada video tersebut di Twitter.
Melihat kepada replies ciapan Naim tersebut, golongan LGBTQ terutamanya ‘koyak’ dengan statement yang diberi Naim. Malah mereka tidak dapat menerima hakikat sambil menyuarakan pandangan masing-masing.
Sehinggakan, ada seorang pengguna Twitter menyelidik bahagian Likes Naim dan terjumpa satu ciapan yang disukai Naim memaparkan seorang lelaki Amerika dari golongan pelangi itu sedang membina badan.
Namun, tak kurang juga bilangan netizen yang menyokong Naim tentang isu ini. Malah menurut penentang golongan ini, Naim berjaya membuat pengikut LGBTQ sentap dengan kebenaran.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata cuba untuk menyuarakan pandangan masing-masing tentang golongan ini di Malaysia. Malah mereka berhujah menggunakan logik akal dan saling menasihati tanpa mengasari golongan itu.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter
Not you liking a tweet on Bretman Rock deadlifting while being homophobic. It’s a little ‘sus’ to me sir pic.twitter.com/k8PB8ClK7a
— (@IvanMarkDCruz) December 8, 2022
Scarynya tengok qrts, dah macam cacing kepanasan puak2 ni.
Ini menandakan tweet @naimdanielx berjaya buat puak ni tersentap level x1000
Aku suka, please perbanyakkan tweet seperti ini di masa hadapan.
Lets make the world a better place
— Teta The Reformist! (@TTAR24) December 8, 2022
“Bukannya LGBTQ ni kacau orang lain pun”
Haah memang pun. Esok lusa yang terbalik bukan kaum kau je. Kitorang yang tak bersalah ni pun kena sekali. Moga terima hidayah Allah. Goodluck menjawab depan Tuhan nanti
— ♡ (@littletoxickid) December 9, 2022
Boleh jer kalau LGBT ni diterima, manusia juga pun TAPI jangan pengaruh orang lain untuk jadi seperti kamu, dan jangan tunjukkan sifat LGBT ni di depan orang awam, keep it to yourself and to the likes of you, hormati orang seperti mana kamu mahu orang menghormati kamu.
— Lingkayon E. Jiviol (@EJiviol) December 9, 2022
Lahh betul lah dia kata God created Adam and Eve not Adam and Steve. What are yall gays so pressed about sampai sanggup scroll through likes dia semua to proof a point And yet after all the desperate attempts yall have managed to proof nothing
— wnd. (@WNDannn) December 9, 2022
Ironi nya nnti cari surrogate mom utk ada anak. So whats the point married with the same gender? Nmpk tak biology need still needs man + woman. Suruh org terima dia, tp dia tolak fitrah dn plg penting langgar hukum agama. Aku tak leh brain dgn kebodohan ini.
— Kak el (@MuzaSamean) December 8, 2022
Saya faham maksud anda. Tetapi jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Fahami hati dan perasaan mereka. Anda golongan artis, dan kebanyakannya adalah golongan tersebut. Tiada seorang hamba Dia yang mahu dilahirkan begitu. Dan tiada hambaNya mahu dilahirkan sebaliknya.
— Hanna Dania Idris (@hannadania21) December 9, 2022
Ciapan yang tular di laman TikTok
Tuhan ciptakan Adam dan Hawa sebagai pasangan.
Bukan Adam dan Haikal. https://t.co/01mwW8GLSL
— Naim Daniel (@naimdanielx) December 8, 2022
The post Naim Daniel Kena ‘Cancel’ Teruk Dengan Kaum Pelangi Gara2 Tweet “Adam & Haikal” appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/RJai5rh
via IFTTT
0 Response to "Naim Daniel Kena ‘Cancel’ Teruk Dengan Kaum Pelangi Gara2 Tweet “Adam & Haikal”"
Post a Comment