Kudrat Luar Biasa, Isteri Gendong Suami OKU Turun Naik Tangga Tingkat 4 Buat Ramai Tersentuh

Menjadi lumrah orang yang berumah tangga, pasti diuji dengan pelbagai dugaan namun itulah yang dikatakan sebagai asam garam sebagai pasangan suami isteri.

Iospital phone repair gombak

Hakikatnya, ia hanya mengajar kita erti susah senang bersama.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini tentang seorang wanita cekal menjaga suami kurang upaya (OKU) mencuri perhatian ramai.

Kisah wanita yang lebih dikenali sebagai Cikgu June ini dikongsikan oleh seorang aktivis kemanusiaan sewaktu berkunjung ke kediaman mereka untuk memberikan bantuan.

“Memahami kepayahan yang dihadapi oleh seorang isteri yang tabah dan setia, di mana setiap kali adanya rawatan susulan di hospital, dia akan menggendong suaminya yang sakit dari tingkat empat kediaman mereka sehingga ke bawah.

“Tanpa jemu sentiasa berada disamping suami tiap kali adanya janji temu berjumpa dengan doktor,” tulisnya.

Atas rasa penuh tanggungjawab, Hamsatul dengan kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat menghulurkan bantuan bagi meringankan beban pasangan tersebut.

“Kini, beban itu dapat dikurangkan apabila Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat bersama-sama membantu dia membawa suaminya ke hospital.

“Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Cikgu June sekeluarga dan Allah mengurniakan sebaik-baik kesembuhan buat suami dia,” kata Hamsatul.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mendoakan agar wanita tersebut terus kuat menghadapi ujian dan mendoakan agar suaminya sentiasa sihat.

“Pasti suaminya seorang yang penyayang dan memuliakan isterinya saat sihat dulu,”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga akui kagum dengan isteri yang langsung tidak berpaling dan ada ketika susah senang suaminya.

Antara komen warga maya:

“Ya Allah berilah kekuatan berterusan kepada isterinya untuk menjaga suaminya”

“Syurga menantu mu akak.. saya pun belum tentu mampu buat macam ni”

“Besarnya nilai kasih sayang seorang isteri”

“Hebatnya suami cikgu sebab berjaa membentuk isteri sehebat cikgu..”


Video yang tular di laman TikTok:

@hamsatulhamzah Memahami kepayahan yg dialami olh Cikgu June, seorg is3 yg tabah dan setia, kami membantu semampu mungkin. Dgn kerjasama Persatuan OKU Berdaya, kini Cikgu June tidak perlu lg mengendong suaminya turun ke bawah. #ziarahkebajikan #MuslimatBangi #AndadiHatiKami #prihatin #bersihdanstabil #CapCut ♬ Doaku Untukmu Sayang – Wali

The post Kudrat Luar Biasa, Isteri Gendong Suami OKU Turun Naik Tangga Tingkat 4 Buat Ramai Tersentuh appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/Qs908Xb
via IFTTT
loading...

0 Response to "Kudrat Luar Biasa, Isteri Gendong Suami OKU Turun Naik Tangga Tingkat 4 Buat Ramai Tersentuh"

Post a Comment