Sudah ramai artis-artis yang berbakat bekas di negara ini yang sebelumnya beragama lain sudah bergelar mualaf. Alhamdulillah kepada mereka yang terpilih.
Selain itu, penerimaan orang ramai terhadap artis-artis ini juga menunjukkan reaksi positif tak kira rakan sesama industri mahupun peminat.
Baru-baru ini, pelakon cantik menawan, Jasmine Suraya Chin Xian Mei akui dirinya kini sedang aktif mengikuti kelas agama Islam untuk memahami agama dengan lebih dalam.
“Saya ada menghadiri kelas agama dan ia suatu perjalanan yang indah. Saya belajar secara berperingkat dan makin menyukainya kerana menjadi pegangan hidup.
“Perjalanan dalam industri seni berlaku dalam masa yang cepat. Satu hari kita berada di atas dan sebaliknya. Jadi, untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya, rasa selamat dan stabil. Seperti ada arah.
“Untuk memiliki mereka yang tidak menghakimi, macam kawan-kawan yang mengajar saya, rasanya selamat. Cuma, kalau boleh tak mahu ulas mengenai perkara itu kerana ia bersifat peribadi. Kalau boleh, tak nak orang asyik bertanya itu dan ini.
“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan yang tertekan. Apapun, saya bersyukur kerana ada juga ikuti sesi belajar bersama Neelofa secara ‘zoom meeting‘,” katanya.
Tambah Jasmine, dia enggan berkongsi segala aktiviti yang dilakukan termasuk mengikuti majlis ilmu kerana enggan menerima kritikan orang ramai.
“Ketika saya menghadiri majlis anjuran Neelofa, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu ada yang kenal, duduk pun belakang. Cuma, saya hadir untuk sekadar mendengar.
“Apabila membabitkan media sosial, ia sesuatu yang tidak boleh disekat. Tetapi, saya tak nafikan ada ketika rasa kurang selesa apabila sesetengah perkara yang saya lakukan menerima kritikan.
“Malah, kritikan yang diberikan itu dahsyat kadang-kadang. Seolah-olah menjurus kepada serangan peribadi. Misalnya orang mengkritik mengenai pemakaian atau mempertikaikan soal agama serta budaya. Niat kita mungkin berbeza, akan tetapi orang salah erti, begitulah.
Bagaimanapun kata Jasmine, dia enggan bercerita lebih lanjut memandangkan agama merupakan isu sensitif.
“Namun saya rasa ramai juga yang terbuka mengenainya cuma saya tidak mahu mengulas panjang kerana ia (agama) hal yang sensitif. Sebab itulah saya memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak,” katanya.
Video yang tular di YouTube
The post Jasmine Suraya Menitis Air Mata Pelajari Agama Islam, Rasa Selamat Dengan 99 Nama Allah appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/P7f8NlX
via IFTTT
0 Response to "Jasmine Suraya Menitis Air Mata Pelajari Agama Islam, Rasa Selamat Dengan 99 Nama Allah"
Post a Comment