Tabung MyAqsa Defenders (MAD) yang disertai pelbagai badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan berjaya mengumpul sebanyak RM17,878,518.37 sumbangan orang ramai terhadap rakyat Palestin.
Selebriti dakwah Mizz Nina yang juga ikon kemanusiaan berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut beliau bersyukur dengan hasil kutipan tersebut dan tidak menyangka sokongan yang diterima.
“Alhamdulilah semoga Allah terima dan balas segala kebaikkan anda. Kami tidak menjangkakan ia begitu banyak sekali begini.
“Mari teruskan usaha ini, jangan lakukannya hanya mengikut musim sahaja tetapi berterusan menyokong Palestin,” katanya.
Dalam entri tersebut, Mizz Nina berkongsi kenyataan media mengenai dana yang terkumpul.
Menurut kenyataan tersebut hasil sumbangan itu akan digunakan secara berperingkat untuk disalurkan kepada klinik Malaysia-Al Aqsa, khidmat guaman di Sheikh Jarrah, kafalah keluarga miskin di Baitulmaqdis dan bantuan kecemasan Gaza.
View this post on Instagram
MAD menggabungkan 20 NGO antaranya Cinta Gaza Malaysia (CGM), Global Peace Mission (GPM) Malaysia; Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Malaysia fir Syria dan Iman Care.
Selain Mizz Nina, badan itu turut disertai 23 selebriti dan ikon kemanusiaan antaranya Heliza Helmi dan Noh Salleh; Faizal Tahir; PU Rahmat; Fedtri Yahya dan Natasha Hudson.
Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!
View this post on Instagram
The post Tabung Dana Palestin Mizz Nina & Selebriti Raih Kutipan RM17.9 Juta appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/342Qrrs
via IFTTT
0 Response to "Tabung Dana Palestin Mizz Nina & Selebriti Raih Kutipan RM17.9 Juta"
Post a Comment