Suami Terkandas di Perak Sebab PKP Menangis Dapat Tahu Isteri Terlanjur Dengan Adik Ipar & Hamil

Perkongsian seorang peguam di Facebook semalam menarik perhatian ramai netizen dan sehingga kini telah mendapat lebih 3,100 shares.

Menurut Nur Fatihah Azzahra, dia telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang bertanyakan hukum Li’an di Mahkamah Syariah dan ceritanya itu berkisarkan kehidupan suami isteri dan ipar duai yang tinggal sebumbung.

Li’an: Suami hendak menafikan anak yang dikandung isteri sebagai darah dagingnya.

Kata si suami dia mendapat tahu daripada mulut isterinya sendiri bahawa anak yang baru dilahirkan bukanlah darah dagingnya.

Lebih memeritkan, si kecil itu adalah anak hasil hubungan si isteri dengan adik iparnya sendiri.

“Dapat panggilan seorang suami bertanyakan hukum Li’an di Mahkamah Syariah (suami hendak menafikan anak yang dikandung isteri sebagai darah dagingnya).

“Isteri baru sahaja bersalin 12 hari, dan hari ini buat pengakuan ini bukan anak suami, tapi anak adik kandung suami (adik ipar).

“Si suami minta penjelasan si adik tentang apa yang berlaku, si adik pun mengaku memang kerap lakukan hubungan atas dasar suka sama suka.

“Kelahiran pertama cahaya mata mereka, tempoh perkahwinan baru mencapai usia setahun lebih. Sepatutnya dalam tempoh ni masing-masing sedang seronok layan baby.”

Suami terkandas di Perak sebab PKP, terlanjur beberapa kali

Perkahwinan mereka baru berusia setahun lebih dan bayi itu kiranya adalah kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Namun, bahagia dan rasa seronok mahu melayan bayi menjadi duka apabila kebenaran terbongkar.

Ini perkongsian Nur Fatihah di Facebook tentang bagaimana perkata tersebut boleh berlaku. Semuanya bermula apabila si suami terkandas di Perak disebabkan perintah PKP dan tidak dapat merentas  negeri.

“Kisahnya mereka ipar duai kedua-duanya sudah berumahtangga dan atas persetujuan bersama untuk kurangkan kos sewa rumah, mereka berempat tinggal sebumbung dalam satu rumah dua tingkat di Selangor.

“Disebabkan PKP, suami lama terkandas di Perak tak boleh rentas negeri. Maka tinggallah isteri dengan ipar dan biras bertiga.

“Entah bila dan bagaimana, isteri hari ini mengaku sudah beberapa kali terlanjur dengan adik ipar sendiri semasa ketiadaan suami dan biras.

“Sehinggalah apabila diketahui dia mengandung, beriya-riya dia minta suami rentas negeri untuk cover line (kehamilan).”

Namun sebaik melahirkan, si isteri sedar bahawa sifat dan wajah bayi itu saling tidak tumpah seperti adik kandung suaminya itu.

Tak sanggup menipu lebih lama, wanita itu akhirnya mengakui semuanya kepada suami.

“Apabila anak lahir, isteri sedar sifat dan raut wajah anak memang ikut muka adik ipar. Tak sanggup lagi menipu suami dan menyesal dengan dosa tersebut, dia akhirnya buat pengakuan bahawa anak yang baru lahir bukan benih hasil perkahwinan dengan suami.

“Separuh gila si suami, berada di Perak dan dimaklumkan isteri dengan berita ‘malang’ sebegini. Buntu, hendak buat penafian nasab yang tidak pernah sedikitpun dia ragui di samping kesan Li’an itu sendiri terlalu besar ke atas status perkahwinan mereka nanti.

“Dia bertanya bagaimana status anak tersebut jika dia setuju tu bukan anak benih dia sendiri?

“Saya jelaskan Li’an ada tempoh tertentu dan antara pandangan muktabar di sisi mazhab Syafie hendaklah dilakukan ketika anak masih dalam kandungan hingga sejurus sahaja lahir. Kena rujuk Hakim, saya tiada authority.

Cuma, ada saya bertanya..

“Tuan yakin atau tidak nak li’ankan anak tersebut?”, Dia sudah menangis di hujung talian.

“Bagi saya tu anak saya, Puan.”

“Mohon jangan tinggalkan komen tidak Syar’ie. Suami beri izin saya kongsi kisah sebagai iktibar. Doakan beliau.”

Rata-rata netizen yang membaca perkongsian itu bersimpati dengan lelaki terbabit dan anak kecil itu.

Kebanyakannya memberi sokongan emosi kepadanya dan bersetuju bahawa ipar duai memang tidak sesuai tinggal sebumbung.

The post Suami Terkandas di Perak Sebab PKP Menangis Dapat Tahu Isteri Terlanjur Dengan Adik Ipar & Hamil appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3eVcVRv
via IFTTT
loading...

0 Response to "Suami Terkandas di Perak Sebab PKP Menangis Dapat Tahu Isteri Terlanjur Dengan Adik Ipar & Hamil"

Post a Comment