Pejabat Peguam Negara: Neelofa & Suami Tidak Dikenakan Kesalahan Rentas Negeri Kerana..

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai selebriti popular, Neelofa dan suaminya, PU Riz didakwa di mahkamah berhubung perlanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet, di Nilai, awal bulan ini.

Noor Neelofa atau Neelofa, 32, dan Muhammad Haris atau dikenali sebagai PU Riz, 26, yang tiba di mahkamah pada 8.50 pagi, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusoff.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Haris, 26, gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Neelofa, 32 pula berdepan satu pertuduhan iaitu tidak membuat imbasan MySejahtera.

Kesalahan pasangan itu didakwa dilakukan pada 2 Mei lalu kira-kira jam 4 petang bertempat di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, No. 219, Jalan 3/6, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, Negeri Sembilan.

Berikutan itu kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya bagi setiap kesalahan.

Pendakwaan dilakukan barisan Timbalan Pendakwa Raya (TPP) Ahmad Sazali Omar, TPP Nor Azizah Aling dan TPP Iznina Hanim Hashim, manakala Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Duratul Ain selaku peguam bela yang mewakili kedua-dua tertuduh.

Pendakwa memohon wang jaminan RM20,000 terhadap Muhammad Haris, manakala RM10,000 terhadap Neelofa.

Mahyun kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi Muhammad Haris untuk kedua-dua pertuduhan, manakala RM5,000 terhadap Neelofa dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula kes. Pasangan itu membayar wang jaminan.

Sementara itu, Mahadevan ketika ditemui media di pekarangan mahkamah berkata, jaminan perlu diberikan kerana ia membabitkan kes saman.

Beliau berkata, pertuduhan hanya membabitkan pelanggaran SOP dan tidak membabitkan isu rentas negeri.

“Kita hari ini hadir untuk tuduhan yang sedia ada dan sebutan semula kes pada 4 Jun nanti adalah untuk serahan dokumen berkaitan kes semasa ini.

“Kedua-dua mereka bersetuju untuk dibicarakan,” katanya.

Katanya, kedua-dua anak guamnya dalam keadaan yang baik dan tidak menghadapi sebarang masalah atau terganggu dengan pertuduhan hari ini.

Bagaimanapun timbul persoalan netizen apabila pasangan itu didakwa atas pertuduhan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera serta tidak memakai pelitup muka dan bukan atas kesalahan rentas negeri.

Terbaru, Pejabat Peguam Negara membuat keputusan untuk tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap selebriti pasangan itu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kajian dan keterangan yang diperoleh berhubung kes berkenaan.

“Isu rentas negeri membabitkan Neelofa dan suaminya tidak dibawa ke mahkamah selepas mengambil kira kajian dilakukan Pejabat Peguam Negara. Kajian dan keputusan itu telah dibuat terlebih dulu berdasarkan keterangan yang ada,” katanya.

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz mengaku tidak ebrsalah terhadap semua pertuduhan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000. Mahkamah kemudian menetapkan 4 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet berkenaan.

Neelofa dan Muhammad Haris menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet dan netizen mempersoalkan bagaimana pasangan itu boleh merentas negeri semata-mata untuk membeli barang perhiasan rumah.

Isu itu mula menjadi perhatian selepas Neelofa memuat naik sekeping foto dan video di akaun Instagram miliknya yang memaparkan dia dan suami berada di sebuah kedai karpet.

The post Pejabat Peguam Negara: Neelofa & Suami Tidak Dikenakan Kesalahan Rentas Negeri Kerana.. appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3f7GWxD
via IFTTT
loading...

0 Response to "Pejabat Peguam Negara: Neelofa & Suami Tidak Dikenakan Kesalahan Rentas Negeri Kerana.."

Post a Comment