Isu Beli Karpet di Nilai, Neelofa & Suami Mengaku Tidak Bersalah Langgar SOP PKPB

Selebriti kegemaran rakyat Malaysia, Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’.

Muhammad Haris pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Kedua-dua mereka dituduh di Mahkamah Majistret Seremban hari ini di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021.

Memetik laporan Utusan Malaysia, keterangan telah diambil pihak polis daerah Nilai terhadap pasangan selebriti ini selama empat jam.

Keterangan diambil susulan penularan gambar dan video di sosial media yang mendakwa Neelofa dan Haris Ismail berada di sebuah premis Pusat Perniagaan Nilai 3.

Selain itu, keterangan pemilik premis serta pembantu kedai karpet turut dirakamkan. Kertas siasatan akan dirujuk ke kamar Timbalan Pendakwa Raya setelah beberapa tindakan dikemas kini.

Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak mensensasikan fakta isu ini dan terus kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan awam.

Tindakan tersebut bagaimanapun turut mendapat kecaman netizen dan mempersoalkan selebriti itu mengulangi kesalahan yang sama berulang kali walaupun sudah memohon maaf sebelum ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan iaitu Senior Asisten Komisioner Datuk Che Zakaria Othman memaklumkan tiada sebarang keistimewaan akan diberikan kepada pasangan selebriti tersebut dalam siasatan terhadap mereka berdua.

Malah, siasatan melibatkan kedua-duanya akan berjalan seperti biasa mengikut undang-undang.

The post Isu Beli Karpet di Nilai, Neelofa & Suami Mengaku Tidak Bersalah Langgar SOP PKPB appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3woZWO3
via IFTTT
loading...

0 Response to "Isu Beli Karpet di Nilai, Neelofa & Suami Mengaku Tidak Bersalah Langgar SOP PKPB"

Post a Comment