[VIDEO] Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Gara-gara Pemandu Buka Pintu Kereta Secara Tiba-tiba

Tindakan seorang wanita yang membuka pintu kenderaannya secara tiba-tiba menyebabkan seorang penunggang motosikal maut akibat digilis lori dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Taming Sari di Taiping, semalam.

Menerusi laporan Kosmo, dalam kejadian kira-kira pada pukul 1.20 tengah hari itu, mangsa, Yap Chee San, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha itu sedang menghala ke arah Taman Tasik.

“Tiba di lokasi, seorang wanita berusia 52 tahun yang memandu kereta jenis Proton Wira secara tiba-tiba membuka pintu keretanya menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar pintu kereta berkenaan.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak ke tengah jalan sebelum digilis sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun yang berada di laluan sama,” katanya ketika dihubungi.

Satu klip video rakaman dashcam dari kenderaan saksi di belakang tular di media sosial yang jelas menunjukkan wanita berkenaan membuka pintu tanpa memeriksa keadaan laluan di belakang menjadi punca kemalangan tersebut.

Rata-rata netizen menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menggesa agar hukuman setimpal dikenakan kepada wanita tersebut.

The post [VIDEO] Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Gara-gara Pemandu Buka Pintu Kereta Secara Tiba-tiba appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/2MdBD46
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori Gara-gara Pemandu Buka Pintu Kereta Secara Tiba-tiba"

Post a Comment