[VIDEO] Akui Hubungan Dengan Shuk Berakhir, Fara Salleh Terpaksa Buat Laporan Polis Gara-gara..

Bimbang dengan pelbagai uguttan daripada individu tidak dikenali, wanita yang dikatakan ada hubungan dengan penyampai radio, Shuk Sahar tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan keselamatan.

Menerusi laporan mStar, wanita dikenali sebagai Fara Salleh, 28, dia kesal apabila isteri kepada Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah bertindak menyebarkan maklumat peribadinya termasuk alamat rumah dan nombor telefon bimbit.

“Saya terima bermacam-macam uguttan menerusi WhatsApp, call termasuk ada yang cakap nak bunnuh… sebab tu saya terpaksa buat laporan polis.

“Ia berlaku selepas video saya dimuat naik di media sosial,” katanya kepada mStar pada Ahad malam.

Fara akui hubungannya dengan Shuk sudah berakhir.

Dia temui selepas membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara di Petaling Jaya selepas ‘diseranng’ isteri Shuk dalam kejadian awal pagi Sabtu di kediamannya.

Menurut Fara kira-kira pukul 2 pagi Sabtu lalu, Rossalennah hadir ke rumahnya dan mendakwa dia menyembunyikan Shuk di dalam rumah.

Walau bagaimanapun Fara enggan membenarkan Rossalennah masuk ke rumahnya atas faktor keselamatan.

“Saya diseranng dan dipaksa buka pintu, tapi saya minta dia hubungi Jabatan Agama Islam Selangor dan polis… biar pihak berkuasa yang periksa rumah saya.

“Selain itu saya bagi pilihan lain iaitu dengan mengajak dia melakukan panggilan video dan saya akan buat home tour… dia boleh tengok ada atau pun tidak,” katanya.

Sementara itu ditanya sama ada dia masih ada hubungan dengan Shuk seperti yang didakwa, dia mengakui segalanya sudah berakhir.

“Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia!” katanya ringkas.

Untuk rekod Fara adalah individu yang sama dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Shuk sekitar Julai 2020.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

The post [VIDEO] Akui Hubungan Dengan Shuk Berakhir, Fara Salleh Terpaksa Buat Laporan Polis Gara-gara.. appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/2Yddm0y
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] Akui Hubungan Dengan Shuk Berakhir, Fara Salleh Terpaksa Buat Laporan Polis Gara-gara.."

Post a Comment