Shuk Sahar Digantung Tugas Sebagai Penyampai Radio Hot FM

Pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar digantung kerja serta merta sebagai penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot.

Pihak pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan tindakan tersebut diambil terhadap Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, menerusi satu kenyataan media hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@shuk_hotfm)

“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial.

“Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai,” katanya.

Terdahulu kisah rumah tangga penyampai radio itu sekali lagi menjadi bualan hangat apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah mendedahkan kecurangannya bersama wanita lain menerusi media sosial pada Sabtu lalu.

Shuk dikatakan tidak pulang ke rumah dan berada di rumah wanita yang didakwa sebagai kekasihnya sehingga menyebabkan isterinya bertindak untuk mendedahkan kepada umum.

Shuk dan Rossalennah berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.

The post Shuk Sahar Digantung Tugas Sebagai Penyampai Radio Hot FM appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3phqjSG
via IFTTT
loading...

0 Response to "Shuk Sahar Digantung Tugas Sebagai Penyampai Radio Hot FM"

Post a Comment