Dalam kehidupan manusia, soal jodoh adalah rahsia Allah yang kita sendiri tidak dapat menekanya.
Kadang kala, perkenalan yang telah terjalin selama bertahun-tahun, jika dia bukan jodoh, pasti hubungan tersebut akan berakhir dengan perpisahan juga.
Salah satunya ialah berkait dengan kisah percintaan pada masa silam sehingga bakal pasangan tiba-tiba berubah hati menjelang hari bahagia.
Situasi seperti ini boleh dikaitkan dengan perkongsian TikTok milik @iekinr8, apabila bakal suaminya bertindak menghilangkan diri sewaktu hari pernikahan mereka yang sepatutnya diadakan pada 8 Januari lalu.
Menurut perkongsian TikTok milik Iekin, gadis yang berasal dari Sarawak itu berasa kecewa yang teramat sehingga hilang akalnya selepas bakal suaminya ‘melarikan diri’ di pagi hari pernikahan mereka.
Tambahannya lagi, selepas berlaku kejadian tersebut, dia segera ke rumah keluarga lelaki itu dalam keadaan remuk hati sebelum menghubungi bakal ibu mentuanya bagi meminta penjelasan.
Impian Iekin untuk bergelar seorang isteri akhirnya bertukar kepada tragedi buruk, disebabkan perasaan bakal suaminya itu yang masih tidak dapat melupakan bekas kekasihnya.
“Lepas dia bagitahu tak dapat nak teruskan, I cuba call tapi dia dah block I. Mama dia kata memang dia tak nak nikah. Selama seminggu, dia asyik keluar rumah tak balik-balik.
“Dia buat macam tu sebab tak dapat lupakan bekas kekasih dan perempuan tu juga tak tahu (hubungan) kami. I takde pilihan lain sebab dah nak nikah, jadi terpaksa bagitahu ‘ex’ dia.
“Mungkin mereka bergaduh atau dia dalam keadaan serabut, jadi tak dapat teruskan nikah dengan I. Maksudnya dia lebih pilih perempuan tu,” katanya.
Menurutnya lagi, lelaki tersebut mula menunjukkan sikap yang berbeza apabila sering keluar rumah pada waktu malam sehingga tidak pulang semula dan apabila disoal, pelbagai alasan akan diberikan.
Kata Iekin, selepas keluarganya mendapat tahu perkara yang berlaku, ayahnya terus memeluk erat tubuhnya sambil memberi kata-kata semangat untuk dirinya terus kuat hadapi ujian Allah.
Dia mengalami tekanan perasaan yang teruk sehingga cuba untuk membunuh diri namun bersyukur dikelilingi dengan insan yang banyak memberikan sokongan bagi melupakan kisah sadis itu.
Jelasnya, dia akur dengan takdir yang sudah tertulis buat kehidupannya dan selepas kejadian tersebut, Iekin mengambil keputusan untuk merantau seorang diri namun, bayangan peristiwa itu masih sukar untuk dilupakan.
Video yang tular di TikTok:
@iekinr8 pergi rumah dia trus trduduk nmpk dia tkde. skrg da redha.. save sini sbg peringatan in future & nak clear gallery phone #fypシ #foryou #sarawakian ♬ suara asli – midoublel_en
Sebab mengapa lelaki tersebut bertindak sedemikian:
@iekinr8 Reply to @suecexx16 dia lari pagi nikah.. i dah macam orang tak betul masa tu #fyp #fypシ #sarawakian #runawaygroom ♬ original sound – celinesun
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut meluahkan rasa sedih dan simpati terhadap perkongsian yang diceritakan Iekin.
Sumber: TikTok @iekinr
The post Bakal Suami Lari di Pagi Nikah, Minta Maaf Tak dapat Lupakan Bekas Kekasih appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/E36HDq7
via IFTTT
0 Response to "Bakal Suami Lari di Pagi Nikah, Minta Maaf Tak dapat Lupakan Bekas Kekasih"
Post a Comment