[VIDEO] “Nak bagi makan aiskrim,” Ibu Bangga Suap Makanan Bayi Baru Lahir Buat Netizen Berang

Detik indah kelahiran bayi pertama bagi setiap pasangan merupakan momen indah. Akan tetapi ia juga merupakan satu tugasan yang agak mencabar apabila bergelar ibu bapa.

Walaupun tidak berpengalaman, namun ramai  ibu bapa yang mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu mengenai bayi mereka dan bersedia untuk menjalankan tanggungjawab.

Pastinya setiap pasangan yang baru bergelar ibu bapa mahu memberikan yang terbaik buat bayi sulung mereka.

Bayi yang baru lahir perlu penjagaan yang rapi termasuk keperluan susu

Namun begitu, ada banyak perkara yang perlu dititik beratkan dalam menjaga bayi yang baru lahir seperti susu dan pemakanan yang diperlukan oleh bayi.

Ibu bapa tidak boleh sesuka hati memberikan makanan yang tidak sesuai kepada bayi mereka.

Ini kerana bayi yang baru lahir mempunyai badan yang kecil, kulit sensitif dan tidak sesuai menerima sebarang makanan selain susu ibu.

Ibu suap bayinya makanan undang reaksi netizen

Walau bagaimanapun, lain pula dengan situasi yang kecoh di media sosial apabila seorang ibu dengan bangganya memuat naik satu video yang mengundang reaksi netizen.

Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok itu memperlihatkan seorang ibu sedang menyuap makanan bayi yang baru berusia beberapa hari itu.

Kulit bayi tersebut masih kemerah-merahan

Jelas kelihatan dalam video tersebut, kulit bayi masih lagi kemerah-merahan tetapi terpaksa menerima makanan daripada ibunya itu.

Hal tersebut membuatkan netizen meluahkan pendapat masing-masing dengan tindakan ibu tersebut.

Kapsyen mahu beri bayinya aiskrim pula

Selain itu, si ibu memuat naik video tersebut beserta kapsyen mahu memberi aiskrim pula kepada bayinya dan meminta agar tiada kecaman daripada orang luar.

Difahamkan, video tersebut meraih hampir 20,000 tontonan dan kesemua komen memberikan pendapat mengenai tindakan ibu itu.

“Nanti mummy bagi makan aiskrim pulak”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa kasihan melihat keadaan bayi itu.

Malah mereka menasihati semua ibu-ibu supaya mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan sebelum memberikan sesuatu kepada bayi mereka.

Video tular di Tiktok

@fatimatuszahra1233👶🏻🍴 nanti mummy bagi makan aiskrim pulak##jangankecam ##sukahatiakulah ##fyp ##baby♬ original sound – auniebasyerah

 

The post [VIDEO] “Nak bagi makan aiskrim,” Ibu Bangga Suap Makanan Bayi Baru Lahir Buat Netizen Berang appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3A2UGRq
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] “Nak bagi makan aiskrim,” Ibu Bangga Suap Makanan Bayi Baru Lahir Buat Netizen Berang"

Post a Comment