[VIDEO] Ibu 3 Anak Maut Dalam Terjunan Ekstrem, Tali Tidak Diikat Kemas

Aktiviti lasak ibarat bunga yang baru hendak berputik dekat Malaysia. Seperti di luar negara memang sudah popular dan menjadi kegemaran kumpulan ‘extreme outdoor’.

Namun walau bagaimanapun, risiko untuk berlaku kecelakaan dalam sukan lasak ini terlalu tinggi dan amat mengerikan.

Baru-baru ini tular di dada akhbar apabila seorang wanita maut selepas melakukan terjunan ekstrem di Karaganda, Kazakhstan, Isnin lalu.

Menerusi laporan tersebut, wanita yang dikenali sebagai Yevgenia Leontyeva mengalami kecederaan teruk akibat kegagalan teknikal ketika terjunan itu.

Difahamkan tali untuk aktiviti terjunan berkenan tidak dipasang dengan sempurna, menyebabkan dia terhempas ke atas tanah dari ketinggian 24 meter.

Sebelum lompatan tragis, Yevgenia dan rakannya telah menyiarkan “Live it up” dan “Kami akan terbang”.

Menerusi rakaman itu juga menyaksikan seorang lelaki yang sedang membetulkan tali manakala kamera lain sempat merakamkan ungkapan “Saya sayang kamu”.

Yevgenia yang berusia 33 tahun itu juga seorang penerjun berpengalaman terpaksa menjalani pembedahan, namun meninggal dunia tidak lama kemudian.

Seorang lelaki juga dilihat jatuh ke tanah, menurut laporan Dailystar. Mangsa meninggalkan dua anak lelaki dan seorang lagi kanak-kanak yang dijaganya sejak sekian lama.

Penganjur aktiviti itu juga berdepan hukuman penjara 40 tahun jika didapati bersalah dan satu kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat insiden itu.

Buat mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak, dinasihatkan untuk memeriksa dahulu peralatan sebelum melakukan sebarang terjunan atau lompatan agar tidak berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini.

Video tular di laman Youtube

The post [VIDEO] Ibu 3 Anak Maut Dalam Terjunan Ekstrem, Tali Tidak Diikat Kemas appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3mKAgIu
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] Ibu 3 Anak Maut Dalam Terjunan Ekstrem, Tali Tidak Diikat Kemas"

Post a Comment