Jodoh seseorang itu akan datang tepat apa waktunya dan cinta itu tidak mengenal usia, bangsa ataupun negara.
Tidak dapat dinafikan penyatuan pasangan yang berbeza bangsa ini akan mengembangkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga yang mempunyai adat dan budaya yang berlainan.
Sama juga dengan sebuah kisah percintaan unik yang tular di Tiktok baru-baru ini yang memaparkan seorang bos Cina dan pekerja Melayu bertemu jodoh.
@ezatiiiieyApa yang jadi semua dengan izin Allah. Allhamdulillah ##fypシ ##fyp ##fypdongggggggg ##esekeli♬ Beauty And A Beat Perfect Slowed – Kyrize
Menerusi video yang dimuat naik oleh gadis yang lebih mesra dikenali Ezatiey Shah, bosnya itu sering menolongnya semasa kerja dan bertanya tentang solat dan agama Islam.
Apa yang lebih menarik, gadis itu lberjaya menarik minat bossnya untuk masuk Islam dan mengajar pelbagai ilmu agama kepadanya.
Siapa sangka daripada hanya cover kerja masa solat, mereka akhirnya bertemu jodoh dan telah mengikat tali pertunangan baru-baru ini dalam majlis yang sederhana tetapi meriah.
@ezatiiiieyA day to remember ♬ Terlukis Indah – Rizky Febian & Ziva Magnolya
“Tak sia-sia kitorang ship everytime video baru keluar! Alhamdulillah, akhirnya penantian kami semua terjadi. Congrats korang!” – Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tular tersbut mendapat 449.4k tontonan, 56.9k tanda suka dan 998 komen di tiktok.
@ezatiiiieyBismillah One Step Closer Officially fiance to Mr Aariz Yee @aarizyee_ ##fypシ ##fyp ##esekeli ##engagement ##boss♬ A Thousand Years (feat. Steve Kazee) [Pt. 2] [The Twilight Saga: Breaking Dawn Soundtrack] – Christina Perri
Rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan berharap agar hubungan mereka kekal hingga ke jannah. Ada juga segelintir netizen menyifatkan kisah cinta mereka sama seperti drama Korea popular iaitu What’s Wrong With Secretary Kim.
Antara komen komen netizen:
“aku yang over excited ni pahalll”
“tak sia sia kitorang ship every time video baru keluar”
“episode 2 dah keluar. Congratsss omgg aku pulak yang sengih-sengih”
“happy ending guys”
“tak sabar pulak nak tengok korang nikahh”
“dia bertunang, aku yang sengih”
“we knew it yaayyyy”
“congrats for both of you! finally”
” i follow u since u kenal dengan bos u lagi tau. Tahniah!”
The post Dulu Bos Cina Selalu Cover Waktu Solat, Kini Jadi Tunang Pekerja Sendiri appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3mMRZPh
via IFTTT
0 Response to "Dulu Bos Cina Selalu Cover Waktu Solat, Kini Jadi Tunang Pekerja Sendiri"
Post a Comment