8 Tahun Menanti Hamil, Wanita Menangis Masukkan Bantal Dekat Perut Jadi Perhatian Netizen

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya menanti kehadiran cahaya mata dengan penuh sabar.

Namun, tak semua pasangan diberikan ‘rezeki’ untuk hamil sejurus selepas kahwin (bunting pelamin) dan terdapat pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun dan melakukan pelbagai ‘alternatif’ sebagai solusi

Sekuat mana pun ‘pejuang garis dua’ cuba mennguatkan diri apabila rahim belum pernah terisi dengan zuriat, pasti ada satu detik di mana semangat itu akan runtuh sekelip mata.

Sama juga seperti video tiktok yang viral baru-baru ini yang memparkan seorang wanita cantik yang ingin mengetahui bagaimanakah rasanya perut ibu yang sedang mengandung.

“Kadang sengaja masukkan bantal ke perut biar dapat merasa perut wanita hamil, Ya Allah 8 tahun menunggu, kenapa aku susah sangat”

Siapa sangka disebalik hati wanita yang kental ini gugurnya airmata lelah apabila dia sengaja menyumbat bantal ke dalam baju seolah olah ingin benar merasakan hamil.

Dalam pada yang sama, dia juga mengakui sudah berusaha dan ikhtiar dengan pelbagai alternatif lain seperti membuat ‘checkup’ dan makan apa yang disarankan oleh doktor dan orang lain.

Namun, Allah masih belum memberikan nikmat berkenaan dan mengganggap belum ada rezeki untuk mendapatkan zuriat.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada ramai pihak dan ada juga yang mengakui dia berhadapan dengan situasi yang sama.

Ramai juga yang memberi kata-kata semangat agar dia tidak putus berusaha, ada juga sebilangan yang memberi idea untuk mengambil anak angkat agar menjadi pembuka kepada pintu rezeki yang lain.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih 1 juta tontonan, 88.2k tanda suka dan 17.3k komen.

“Ya Allah.. tiupkanlah malaikat kecilmu kepada ibu2 yang menanti kehadirannya.. amin”

“Saya sudah masuk 18 tahun menunggu”

“Semangat pejuang garis 2”

“Sabar sayang.. pasti ada percayalah jangan putus asa tau berdoa dan usaha”

Dia juga berkesempatan untuk mengucapkan terima ksih kepada orang ramai yang memberi kata-kata semangat.

“Semoga doa terbaik berbalik pada kalian”

Video tular di laman Tiktok

@meisianggun♬ original sound – 🌷IzzRhima🌷

The post 8 Tahun Menanti Hamil, Wanita Menangis Masukkan Bantal Dekat Perut Jadi Perhatian Netizen appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/2YE7ReG
via IFTTT
loading...

0 Response to "8 Tahun Menanti Hamil, Wanita Menangis Masukkan Bantal Dekat Perut Jadi Perhatian Netizen"

Post a Comment