17 Kali Tuanku Buat IVF, Elizad Rasa Macam Mimpi Dihubungi Permaisuri Agong

Pelakon, Siti Elizad Sharifuddin meluahkan rasa terharu dan gembira apabila mendapat panggilan daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Elizad berkongsi keterujaannya itu menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Hari ini hari yang sangat menggembirakan hati saya

Would love to share this special moment . Hari ni hari yang sangat menggembirakan hati saya . Menerima panggilan telefon dari KDYMM Tuanku Permaisuri Azizah .

Bertanyakan keadaan saya setelah Tuanku Permaisuri terbaca kisah yang mengatakan saya “ Mandul “ tular tempoh hari.

Tunku Permaisuri idola dalam perjalanan ivf saya

It really touch my heart with this beautiful call Tuanku . Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi , dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan ivf saya.

Sungguhnya, Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa-siapa ini.

Tunku ceritakan pengalaman 17 kali lakukan ivf 

Tuanku berikan kata2 semangat , bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuh perjalanan ivf. Memang menyakitkan, hanya yang mengalami sahaja yang merasai .

Tiada kata yang mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual-bual dengan Permaisuri yang disayangi semua. Sungguh-sungguh keibuan .

Terima kasih banyak Tuanku Permaisuri

Sempat juga Tuanku selitkan “ Saya tonton drama awak sebelum-sebelum ini , awak dah tak berlakon lagi? Allahuakhbar .

Terima Kasih banyak Tuanku Permaisuri. Really made my day, Ampun Tuanku.

Kongsi perjalanan ivf untuk bagi semangat kepada wanita senasib dengannya

Dalam pada itu Elizad juga turut menjelaskan mengapa beliau berkongsiannya mengenai perjalanan IVF yang dilakukan bersama orang ramai.

Ia adalah untuk memberikan semangat dan kesedaran kepada wanita yang senasib dengannya supaya tidak putus asa dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Ada yang cakap nak buat anak pun bising

To all ttc squad , we are fighters. People can say whatever they wish. Hanya kita sesama kita yang melalui nya .
For those yang kecam dan cakap “ nak buat anak pun nak bising2 “ .

Untuk pengetahuan semua, my intention sharing my ivf journey is only for those ttc squad to get more information .
Not to be afraid or malu berjumpa dgn pakar . Nak semua #ttcsquad come forward.

Tiada paksaan untuk ikuti kisah saya

Dalam masa yang sama , saya bekerjasama dengan pihak Sophea Fertility . Jadi apa yang berkaitan dengan ivf , of course saya kongsikan dengan mereka yang senasib dengan saya.

Harap this one clear . Tiada paksaan pun utk ikuti kisah saya. Terpulang pada followers . I just share my journey here .

Tak salah jika saya kongsi perjalanan ivf saya

Sama juga macam para ibu yang lain yang berkongsi tentang kecomelan anak-anak mereka di media sosial .

Jadi x salah kiranya saya berkongsi perjalanan ivf saya & pengalaman bersama mereka yang senasib dengan saya . Spread love semua. Not hate, terima kasih.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelakon ini semangat untuk terus berusaha mendapatkan cahaya mata.

Mereka turut menitipkan doa buat Elizad dan wanita diluar sana yang masih menunggu cahaya mata moga dimurahkan rezeki mereka.

The post 17 Kali Tuanku Buat IVF, Elizad Rasa Macam Mimpi Dihubungi Permaisuri Agong appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/2SDe6N4
via IFTTT
loading...

0 Response to "17 Kali Tuanku Buat IVF, Elizad Rasa Macam Mimpi Dihubungi Permaisuri Agong"

Post a Comment