Tanpa kita sedari, ramai yang menjadikan paras rupa merupakan satu jaminan kebahagian dalam rumah tangga.
Sedangkan jika kita lihat rupa paras yang menawan dan menarik tidak sama sekali menjamin rumah tangga akan berkekalan.
Apa yang menjadi keutamaan dalam membina sebuah keluarga yang bahagia adalah sikap tolak ansur, memahami dan bekerjasama antara setiap pasangan.
Paras rupa bukan jaminan kebahagiaan rumah tangga
Namun begitu, tidak semua dari kita menjadikan paras rupa sebagai kriteria utama dalam memilih pasangan hidup.
Seperti satu kisah yang telah tular di media sosial ini telah berjaya membuka mata orang ramai menerusi satu rakaman video yang dikongsikan di aplikasi TikTok.
Kisah dari negara sebarang ini dikongsikan di TikTok Koko Vania yang berkongsi kisah seorang temannya bernama Ayu.
Sentuhan magis Koko Vania naikkan seri pengantin Ayu
Koko Vania ditugaskan untuk memberikan sentuhan magis kepada Ayu yang akan melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya.
Dengan hasil sentuhannya, kecantikan Ayu semakin terserlah selepas disolek untuk majlis pernikahannya.
Ayu tampil cantik dihari bahagianya
Keputusan Ayu memilih rakan sekolahnya untuk menata rias wajahnya ternyata pilihan yang tepat apabila berjaya menampilkan kecantikan Ayu dihari bahagianya.
Ayu kelihatan gembira dengan hasil tangan rakannya itu dan kelihatan berseri akhirnya berjaya disatukan dengan sorang suami yang menerima kekurangan dirinya.
3.9 juta tontonan setakat ini
Rakaman video tersebut telah berjaya meraih lebih dari 3.9 juta tontonan setakat ini setelah dimuat naik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dan gembira akhirnya Ayu bertemu kebahagian yang dicari.
Mereka turut menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan semoga pasangan ini kekal ke Jannah.
@koko_vaniaSamawah my sist @ayuqua13 ##fyp ##viral ##weddingresepsi ##masukfypindonesia ##masukberandamu♬ original sound – MILLA FATIKA UTARI
Detik hitam Ayu
Terdahulu Ayu yang mengalami detik hitam ketika masih bersekolah rendah di mana rambutnya tersangkut pada enjin sebuah perahu.
Insiden tersebut kemudiannya mengubah sebahagian bentuk fizikal wajah Ayu.
Malah mata sebelah kiri Ayu tak boleh mengedip, kerana tidak ada kelopak mata yang sempurna untuk membuka dan menutup mata.
Pada kebiasaannya bagi orang normal, 30 saat saja mata tidak berkedip mungkin terasa pedih, namun Ayu sudah 11 tahun mengatakan susah untuk mengedipkan matanya.
Bahkan selama 11 tahun, Ayu berusaha bangkit dari rasa rendah diri dan takut ditolak masyarakat.
The post [VIDEO] Pernah Tular Wajah Terkena Enjin Bot, Gadis Ayu Disolekkan Rakan di Hari Pernikahan appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3bUnW4C
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] Pernah Tular Wajah Terkena Enjin Bot, Gadis Ayu Disolekkan Rakan di Hari Pernikahan"
Post a Comment