Isteri Hadiahkan Lamborghini ‘Ganjaran’ Jaga Dalam Pantang, Reaksi Suami Undang Sebak Netizen

Pemilik nama Anes Ayuni Osman yang juga merupakan seorang founder produk pemutih kulit dan kesihatan badan, Vitamilk kini tidak asing lagi setelah beberapa kali tular dan jika anda masih ingat dia pernah meminta suaminya untuk dibelikan sebuah kereta berjenama bernilai 3 juta dengan alasan ‘mengidam’ kerana ketika itu dia sedang hamil.

Tidak cukup dengan itu, adik ipar kepada ahli perniagaan sensasi Iqbal Zulkefli atau lebih dikenali sebagai bekas PA Dato Seri Vida ini juga pernah tular sekali lagi kerana mengidam ‘naik troli’ kerana penat berjalan di mall dan akhirnya suami terpaksa usung isteri yang hamil itu di atas luggage.

Kali ini, lain pula ceritanya dimana dia sekali lagi menjadi bualan ramai kerana dikatakan menghadiahkan suami kereta mewah Lamborghini sebagai ganjaran menjaganya ketika berpantang nanti.

Wanita yang sarat hamil ini juga mengakui suaminya menjaganya dengan baik sepanjang tempoh hamil dan meluahkan rasa syukur kerana rezeki tidak pernah putus sejak berkahwin.

“Selain menghargai pengorbanan suami, hadiah Lamborghini ini kerana mahu dia sentiasa di sisi saya sepanjang tempoh berpantang.”

“Saya beri hadiah awal-awal sebab masa berpantang nanti tak boleh pergi jauh-jauh. Ikut perancangan, saya akan berpantang di rumah keluarga saya di Pasir Mas, Kelantan.”

Dia yang dijangka bersalin secara pembedahan mengharapkan suami sentiasa ada di sisi dan menjaga bayi siang malam.

“Ibu-ibu pasti tahu sakitnya selepas bersalin ‘czer’. Jadi saya mahu lebih perhatian daripada suami.”

Bukan itu sahaja, Bakal ibu yang berusia 19 tahun ini juga turut memaklumkan suaminya harus ‘berkampung’ di rumah ibu bapanya sepanjang tempoh 100 hari berpantang.

Video yang tular di laman TikTok:

@ayunieso24 #ad Bagi awl2 hadiah utk jaga sy dlm Pantang nnti 😘 Terima kasih suami , besar mana pun nilai hadiah ni takkan dapat balas kebaikan awk #fyp #ad #vitamilk ♬ Dengarkan Sayang – Kangen Band

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.4M tontonan, 150.3K tanda suka, 3144 komen dan 4216 perkogsian di applikasi Tiktok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tumpang gembira dengan rezeki yang mereka berdua perolehi dan dalam masa yang sama para netizen berharap agar suaminya dapat melunaskan tanggungjawab sebaik mungkin menjaga isterinya ketika berpantang.

Antara komen warga maya:

The post Isteri Hadiahkan Lamborghini ‘Ganjaran’ Jaga Dalam Pantang, Reaksi Suami Undang Sebak Netizen appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/6yf5MQ2
via IFTTT
loading...

0 Response to "Isteri Hadiahkan Lamborghini ‘Ganjaran’ Jaga Dalam Pantang, Reaksi Suami Undang Sebak Netizen"

Post a Comment