Dituduh Ganggu Waktu Tidur Masak Pukul 5 Pagi, Gadis Dimaki & Ditampar ‘Housemate’ Buat Netizen Berang

Lumrah hidup anak perantauan yang bekerja di bandar, sudah pasti mereka akan sedaya-upaya untuk mengurangkan kos perbelanjaan bagi menampung kehidupan dan membuat simpanan.

Oleh itu, ramai yang memilih untuk menyewa bilik kerana ianya jauh lebih murah dari menyewa sebuah rumah sendiri.

Pun begitu, tentunya dalam satu rumah akan mempunyai orang luar yang tidak dikenali turut menyewa. Jadi, kita perlu berkongsi dan bertolak ansur antara satu sama lain.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita meluahkan dirinya ditampar housemate kerana memasak mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook Vestene Wong, housemate terbabit mengambil tindakan sebegitu kerana mendakwa gadis itu telah menganggu waktu tidurnya dengan memasak seawal 5 pagi kerana ingin membuat sarapan sebelum pergi hiking.

Melalui rakaman CCTV berdurasi 21 saat itu, dapat kita lihat housematenya yang berbaju hitam tiba-tiba datang menerjah wanita ini di dapur dan menampar sehingga merah pipi.

Oleh kerana wanita ini merasakan ianya satu perkara yang keterlaluan, dia telah membuat laporan polis namun ketika polis bertanya kenapa menampar gadis itu, housemate tersebut dengan selamba berkata dirinya mempunyai mild anxiety dan perlu banyak berehat sambil menunjuk bekas ubat-ubatannya.

Bagaimana pun, pihak polis hanya meminta housemate itu untuk memohon maaf kepada gadis terbabit, tetapi semasa membuat permohonan maaf, housematenya tetap menyalahkan gadis tersebut dengan mengatakan dia tidak bersikap bertimbang rasa.

Video yang tular di laman Facebook:

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 497K tontonan, 387 komen dan 65 perkongsian di applikasi Facebook.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap housematenya itu yang langsung tidak bertimbang rasa dan sangat keterlaluan.

Antara komen warga maya:

“lempang la dia balik..tak kena buku dengan ruas boleh la nak bully”

“please sue her..takeit to legal.. people should never use mental illness to validate their actions when it’s an obvious harassment”

“geramnya.. halau dia keluar.. saman dia.. biar dia menyesal..”

“kalau diani jadi housemate, mmg ku pijak ni mukanya laju2.. sudah la orang lapar, tiba2 saja datang menampar”

“kalau aku ketuk balik dengan senduk tu.. aku pun anxiety disorder jgk  tapi tak sampai tabuh orang dok masak..”

Difahamkan, gadis tersebut masih tinggal di dalam rumah yang sama dan berharap agar housematenya tidak mengapa-apakan dirinya lagi.

The post Dituduh Ganggu Waktu Tidur Masak Pukul 5 Pagi, Gadis Dimaki & Ditampar ‘Housemate’ Buat Netizen Berang appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/BLjfDcQ
via IFTTT
loading...

0 Response to "Dituduh Ganggu Waktu Tidur Masak Pukul 5 Pagi, Gadis Dimaki & Ditampar ‘Housemate’ Buat Netizen Berang"

Post a Comment